Aktres yang mencipta nama menerusi filem Mukhsin, Sharifah Aryana menerima kritikan ramai gara-gara tindakannya menyelar kritikan netizen yang menyentuh aurat pelakon.
Menerusi aplikasi TikTok, anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana mengeluarkan kata kesar dengan melabel individu berkenaan 'bangang'.
"Okay, tadi saya nampak ada seorang lelaki komen dekat perempuan which is pelakon punya section, 'Lama-lama dah tak ada aurat ke?
"Aku macam, 'eh kau... Pergi la follow ustazah. Follow pelakon buat apa?' Bangang," katanya dalam video berkenaan.
Menerusi perkongsian video itu juga, pemilik nama sebenar Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya menulis kapysen berbunyi, 'Nak tegur boleh tapi cerminkan diri sendiri dulu ya?'.
Tindakan pelakon berusia 27 tahun itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang lantas mempertikaikan kenyatannya yang tanpa berfikir panjang melabel seseorang itu 'bangang' hanya kerana teguran berkenaan.
Netizen menasihati wanita itu agar menjadikan teguran berkenaan aurat itu dijadikan iktibar dan bukannya membidas sedemikian rupa.
Ada juga yang mengatakan bahawa aktres itu sepatutnya bersyukur kerana masih ada individu yang berani memberikan teguran dan mengingatkan kewajiban sebagai umat Islam.
Untuk info, anak bongsu dari empat adik-beradik ini sudah mendirikan rumahtangga bersama Jad Hanif Jimmy sekitar Januari 2021 dalam majlis serba ringkas dilakukan secara atas talian bersama keluarga yang lain dan sahabat handai. -CARI
|