Peguam Johnny Depp, Camille Vasquez menjadi perhatian firma guaman Hollywood ekoran memenangi kes saman fitnah Amber Heard.
Menurut New York Post, Camille kini di tengah perang bidaan antara firma guamannya yang mahukan dia dalam pasukan mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam perbicaraan kes pelakon tersebut.
Kredit foto: Getty Images
Camille, 37, dilihat sebagai peguam yang tegas, menjadi bintang dalam perbicaraan fitnah, bertengkar dengan Amber semasa soal balas yang sengit dan kadang-kala kejam telah menjadi kesayangan dalam kalangan peminat Depp.
Sumber turut memberitahu pintu Hollywood sudah terbuka untuk Camille, hanya dia yang perlu memilih.
"Ejen-ejen bakal mengelilingi Camille kerana mereka menyedari bahawa dia adalah unicorn - seorang peguam yang bijak, cerdik, tenang yang prestasinya memberi kesan semasa perbicaraan mendorongnya ke tahap situasi yang jarang berlaku," ujar sumber.
Sumber: mStar |