View: 1092|Reply: 6
|
Dr Say Tak Kisah Dipanggil Dr Selebriti
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial dan pengacara program My Doctors, Dr Say Shazril tidak kisah dengan gelaran 'doktor selebriti' yang dilabelkan kepadanya dengan populariti dimiliki ketika ini.
Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin ditemui berkata, dia hanya mampu mengambil positif, bersyukur dan menganggap semua itu adalah rezeki yang sudah ditetapkan Allah buatnya.
IG Dr Say
"Saya okey saja dengan gelaran 'doktor selebriti' itu kerana kebanyakan pesakit yang dirawat memang kenal saya. Malah, setiap kali bertemu pesakit di klinik, pasti ada di antara mereka yang nak bergambar dengan saya.
"Bagi saya, tiada masalah memberikan layanan tambahan seperti bergambar dengan pesakit selain memeriksa mereka bagi mengenal pasti penyakit yang dihidapi. Sebagai doktor, merawat pesakit tetap keutamaan," katanya.
Memiliki pakej badan sasa dan wajah kacak, Dr Say turut ditanya sama ada dia bersedia menceburi lakonan sekiranya berpeluang. Ujarnya, dia memang ada menerima beberapa tawaran berlakon daripada penerbit drama tempatan.
"Saya memang ada dapat 'offer' jadi pelakon, tapi saya belum fikir hendak terima lagi kerana perlu berbincang dulu dengan isteri, Dr Azura Abas. Saya perlu dapatkan persetujuan isteri juga kerana perlu hormati keputusannya.
IG Dr Say
"Bagaimanapun, saya sendiri tidak bersedia menjadi pelakon. Jadual kerja pasti lebih padat dan saya juga ada dua anak lelaki yang masih kecil serta perlukan lebih perhatian," katanya.
Dr Say yang pernah berkongsi keputusan ujian kesihatannya sebelum ini dengan bacaan kolesterol yang tinggi serta buah pinggangnya juga berada di tahap kurang baik, memaklumkan sakit dialami itu semakin pulih.
Katanya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana kini ia di dalam proses pemulihan. Baru-baru ini juga, Dr Say diundi peminat meraih trofi Influencer MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021).
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Okkkkk nextt.. baik tepek cite doc ipes.. |
|
|
|
|
|
|
|
Celebrity ke? Tak kisah dan tak peduli
Next.. |
|
|
|
|
|
|
|
bosannye doktor jamban ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terduduk itulah ayat heshe dulu kini dan selamanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|