CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

Fabio Quartararo idam tawan Litar Catalunya

[Copy link]
Post time 4-6-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO bersedia memburu kemenangan kedua musim ini untuk mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu kejuaraan. – AFP

BARCELONA – Juara dunia Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Fabio Quartararo mengharapkan tuah Litar Antarabangsa Catalunya dalam usaha menjuarai saingan Grand Prix (GP) buat kali kedua musim ini pada GP Catalunya malam esok.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu percaya litar tersebut banyak memberikan kenangan manis sepanjang karier­nya dan sudah tentu momentum yang sama dapat diberikan pada perlumbaan musim ini.

“Secara jujur, saya sangat gembira dapat kembali bersaing di GP Catalunya yang mana litar di sini banyak memberikan pe­ngalaman manis sepanjang karier saya sejak remaja.

“Saya masih ingat ketika ber­usia 14 tahun, saya berjaya memberikan saingan sengit pada kejohanan CEV Moto3 di sini. Malah, saya turut meraih kemenangan pertama pada saingan Moto2 di litar ini.

“Lebih manis, saya juga merekodkan kejayaan meraih kedudukan podium bagi saingan MotoGP pertama pada karier saya di sini.

“Cuma, situasi pada musim lepas agak janggal kerana saya dapat meraih petak pertama, tetapi hanya mampu menamatkan saingan di tempat keempat dan saya harap dapat perbaiki keputusan tersebut.

“Secara keseluruhan, saya anggap litar ini sebagai salah satu litar kegemaran saya kerana cukup sesuai dengan corak tungangan khususnya pada dua selekoh terakhir yang boleh memberi cabaran buat mana-mana pelumba,” katanya.

Pelumba kelahiran Perancis itu telah menjuarai satu perlumbaan musim ini selepas mendominasi GP Portugal dan kekal mendahului carta keseluruhan dengan mengutip 122 mata daripada lapan perlumbaan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... an-litar-catalunya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.291389 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list