CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11290|Reply: 79

Akhirnya kini pasti | Kak Nita ucap selamat tinggal pada dunia seni.

[Copy link]
Post time 3-6-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-6-2022 01:14 PM

KUALA LUMPUR: Perginya tanpa secebis pesanan. Kehilangan penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 69, dari radar dunia hiburan menimbulkan 1,001 persoalan yang berlalu tanpa jawapan pasti.

Jejak Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah sukar dihidu, malah, tiada siapa berjaya menyelongkar kehidupan sebenar penyanyi yang popular menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu selepas menghilangkan diri pada penghujung 2010.

Selama 12 tahun lalu pelbagai spekulasi bertebaran, malah, mula timbul cerita rekaan ditokok-tambah bagi menghangatkan tragedi 'kehilangan' anak kepada seniman Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan seniwati Allahyarham Siput Sarawak itu.

Sejauh manakah kebenaran berita perceraian, merajuk dengan stesen televisyen (TV), bertukar imej bertudung, menetap di Singapura, mendapatkan rawatan penyakit kanser di Malaysia serta pelbagai versi cerita yang tidak masuk akal?

Namun, berita mengenai Kak Nita menghubungi Shuib dan bekas editor hiburan yang juga penulis lirik dan skrip, Roslen Fadzil pada Syawal lalu terbongkar serta tular dalam media sosial.

Malah, kebanyakan portal hiburan tempatan dan antarabangsa melaporkannya hingga menjadi 'trending' di seluruh dunia.

Usaha BH memujuk Shuib berkongsi cerita mengenai rakan baiknya itu bukan mudah, namun akhirnya tidak sia-sia, walaupun banyak rahsia enggan didedahkan.

Akhirnya kini pasti, misteri kehilangan Kak Nita terjawab apabila Shuib sedia berkongsi luahan hati Kak Nita kepadanya.



Shuib berkata, dia terputus hubungan dengan Kak Nita seperti kenalan lain sejak bintang kelahiran Singapura itu menghilangkan diri.

"Namun, saya tidak pernah berputus asa menghantar ucapan hari jadi kepada Kak Nita atau Mahathir, setiap tahun dalam media sosial.

"Tetapi, tiada satu pun ucapan mendapat balasan selama ini. Sebagai rakan baik, saya tidak putus berdoa agar Allah buka pintu hati mereka menghubungi saya. Namun, akhirnya Allah kabulkan doa selepas lebih 11 tahun menanti.

"Seperti biasa tanpa mengharapkan apa-apa, saya menghantar ucapan selamat hari jadi kepada Mahathir pada Jun, tahun lalu.

"Namun, saya tak sangka, akhirnya Mahathir membalasnya," katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Bercerita lanjut, Shuib berkata, dia terkejut apabila bangun tidur melihat wajah Mahathir terpapar pada skrin telefon bimbitnya.


"Thank you Shuib. We often talk about you, a very special person. Blessings to you and your family," tulis Mahathir. (Terima kasih Shuib. Kami selalu bercakap mengenai kamu, insan istimewa. Berkat kepada kamu dan keluarga).

Shuib berkata, Mahathir meminta nombor telefonnya selepas membalas mesej.

"Selepas memberikan nombor telefon, saya menerima panggilan pada hari sama iaitu 23 Jun, tahun lalu.

"Di hujung talian, saya mendengar suara ceria Kak Nita. Sejujurnya, saya seperti tidak percaya sehingga menitiskan air mata.

"Kami berbual panjang sambil menangis dan ketawa. Kak Nita mendedahkan puncanya merajuk dan meninggalkan Malaysia pada penghujung 2010.

"Kak Nita menyatakan apa yang terbuku di hati. Namun, biarlah ia menjadi rahsia kami," katanya.

Shuib mendedahkan, Kak Nita memberitahunya Allah tunjuk satu persatu kejadian yang berlaku dalam masa serentak sehingga membuatkannya tekad pulang ke Amerika Syarikat (AS).

"Apa yang dapat dikatakan, ada berlaku beberapa kejadian yang membuatkan Kak Nita terlalu kecewa. Allah tunjuk satu persatu dalam masa sama.

"Usah persoalkan mengenai kejadian yang berlaku. Saya tidak akan buka mulut berkongsi, ia terlalu peribadi untuk didedahkan.

"Saya menghormati permintaan Kak Nita. Apa yang pasti, itulah masa yang sesuai untuknya mengundurkan diri pada saat pulang ke AS," katanya.

Shuib berkata, dia pernah bertanya kepada Kak Nita tidakkah rindu menyanyi semula.

"Kak Nita menyatakannya bahagia dengan kehidupan hari ini. Beliau hanya menyanyi ketika memandu kereta.

"Beliau juga menegaskan sudah bersara dan meninggalkan dunia nyanyian sepenuhnya.

"Sejujurnya, Kak Nita sudah lama berhasrat mahu bersara, sejak 2000 lagi. Namun, Mahathir tidak memberi galakan kerana masih mahu melihat Kak Nita aktif di pentas 'showbiz'.

"Jadi, pemergian Kak Nita pada 2010 adalah masa yang sudah tertulis buatnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni," katanya.

Shuib berkata, Kak Nita meluahkan kekecewaan apabila membaca gosip bukan-bukan mengenainya di laman maya.


"Kak Nita terluka apabila timbul gosip perceraian, sakit, muflis dan banyak hutang. Paling menyedihkannya, berita beliau meninggal dunia.

"Beliau juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Sudah tentu hatinya terluka apabila timbul cerita rekaan yang ditokok-tambah," katanya.

Ketika mengulas tidakkah Kak Nita mahu kembali ke Malaysia, Shuib menyatakan, Allah sahaja yang tahu.

Shuib berkata, Kak Nita sihat dan gembira dengan kehidupannya.

"Kak Nita mempunyai hobi baru, iaitu berkebun. Beliau gembira bercerita mengenai tanaman sekeliling rumah semakin membesar.

"Kini, Kak Nita ada banyak masa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti memasak dan menjaga suami. Mahathir pula mulai menerokai bidang baharu apabila banyak menghasilkan filem pendek.

"Mahathir juga masih bergiat aktif dalam perniagaan hartanah.

"Kak Nita sempat menitipkan pesan agar mengingatinya dan Mahathir jika makan durian ketika menghubungi saya pada Syawal lalu untuk mengucapkan selamat hari raya.

"Secara kebetulan, saya bersama Roslen berada di Pulau Pinang. Apapun, saya bersyukur Kak Nita sihat, selamat dan bahagia dengan kehidupannya, walaupun menjauhi dunia glamor," katanya.

Shuib berkata, dia menganggap rezeki dan menjadi insan terpilih apabila Kak Nita berkongsi cerita.

"Beliau adalah seorang superstar dan bintang ternama yang akhirnya menjadi kawan baik. Saya memang meminati Kak Nita sejak kecil.

"Saya kenal Kak Nita sejak melanjutkan pengajian di London, England pada 1980-an. Saya pernah lima kali menghubungi Kak Nita di Las Vegas ketika zaman belajar untuk meminta autograf.

"Bayangkan, saya kenal Kak Nita dari zaman tiada apa-apa, tetapi beliau tetap melayan saya dengan baik.

"Kali pertama kami bertemu apabila saya menyaksikan persembahannya di Kelab Paddock, Hotel KL Hilton pada 1989 selepas pulang ke Malaysia," katanya.

Diajukan persoalan adakah Kak Nita berada di Las Vegas, Roslen enggan mengulasnya.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/06/961953/kak-nita-ucap-selamat-tinggal


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 10:07 AM | Show all posts
sedih lak baca.. semoga kak nita sihat2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:28 AM | Show all posts
My utmost respect to you madame...we are truly honored to have you amongst us....
A true Diva....in and out....

Wishing you all the best.......

[youtube]SkJY-AtK4S0[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:32 AM | Show all posts
iolls pon nasib baik ada spotify ni

bolehlar layan lagu-lagu sheols

nak tengok youtube gambar tak HD pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:50 AM | Show all posts
dia macam nak cerita tapi pastu selit ayat tak boleh cerita. Ala2 mulut fonen gitu. Walhal berkobar2 nak molot itik kat semorang
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:59 AM | Show all posts
gambar iols ngan kak nita n abg mahathir boleh la iols frame kan besar2.... legend woooooo
itu pun tahun 2007 x silap... bapak lama dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 11:08 AM | Show all posts
rindu nyanyian kak nita..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:22 AM | Show all posts
Edited by stingerumble5 at 3-6-2022 11:26 AM

[youtube]MoK0a-axeGA[/youtube][youtube]WolDDzcaT54[/youtube]
Credit:youtube

Masya Allah....The humility....The aura.....the sincerity...

The mark of a true Diva

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 11:28 AM | Show all posts
hope ade rakyat Msia yg akan terserempak...
eager nak tahu ape kena ngan dia tiba2....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:34 AM | Show all posts
hurmm tertanya2 apa yg dia merajuk sgt smpai x nak balik malaysia.. kena scam ke? or gaduh ngan adik beradik? takpe laa elok pn tinggalkan dunia seni ni. buat hal sendiri lagi best nak pegi mana2 pn aman je. takde org sebok nk selfie ambik gambar dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:38 AM | Show all posts
Moga baik2 je Kak Nita & Bang Mader. Reputs mampu cover cerita dari bekas reputs je buat artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 3-6-2022 10:50 AM
dia macam nak cerita tapi pastu selit ayat tak boleh cerita. Ala2 mulut fonen gitu. Walhal berkobar2 ...

Apa yg aku nk ckp ni, ko dah tolong tulis kan
Mekasih laa
Khueen si soeb ni mulut ponen sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:46 AM | Show all posts
Alhamdulillahh...syukurlah...
moga kak nita lebih fokus ke alam yang seterusnya...
moga sukses ya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 3-6-2022 11:34 AM
hurmm tertanya2 apa yg dia merajuk sgt smpai x nak balik malaysia.. kena scam ke? or gaduh ngan adik ...

Macam ada kaitan dengan adik beradik kan kalau merajuk lari terus macam ni.

Macam not really about ebiz dan gossip media.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:53 AM | Show all posts
hyie replied at 3-6-2022 10:50 AM
dia macam nak cerita tapi pastu selit ayat tak boleh cerita. Ala2 mulut fonen gitu. Walhal berkobar2 ...

hahaha adoii nak tergelak baca ni sambil bayangkan
jilake tuiii hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:55 AM | Show all posts
[youtube]1apnCyFPZ_s[/youtube]
Credit:Youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 11:57 AM | Show all posts
KucingBiru replied at 3-6-2022 11:50 AM
Macam ada kaitan dengan adik beradik kan kalau merajuk lari terus macam ni.

Macam not really abo ...

tu lahhh rasa mcm tu. mcm ade la kot adik beradik tikam dari blkg ke.. sbb kata sikit2 Allah tunjuk kann. maybe la kot. mcm dh takde hati langsung tu nk balik malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:04 PM | Show all posts
gaduh adik beradik la kot..bab harta ke maruah keluarga ke...who knows kan...kalau setakat gossip2 tu i tak rasa akan bagi kesan pada otai lama mcm dia kan... pape pun bagusla dia berundur dari dunia seni...  biar kekal legend gitu..bukan nya tggu flop dulu baru nak undur diri kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternangis plak baca... semoga yg baik2 shj utk diva superstar kak nita..lagu wajib karok lagu seksis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:13 PM | Show all posts
teringin nak tau kenapa tapi exclusive sungguh sampai tak tau keberadaan dia..moga yg baik2 buat kak Nita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.195884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list