CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 17

Perlekeh Kerjaya E-Hailing, Bapa Tak Nak Peduli Anak Jika Pilih Berhenti Kerja

  [Copy link]
Post time 3-6-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Setiap individu yang menginjak ke alam dewasa sudah pasti akan berhadapan pelbagai cabaran kehidupan, termasuklah dalam alam pekerjaan.


Di Facebook, perkongsian seorang bapa, Mohd Faisal mengenai perjalanan kerjaya anaknya di Kuala Lumpur turut meraih perhatian netizen.




Gambar hiasan




Menurut Mohd Faisal, anak lelakinya yang berusia 22 tahun bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan dengan sebuah syarikat penerbangan di ibu negara.


Biarpun menerima gaji lebih RM3,000 sebulan, dia berkata sebilangan besar rakan-rakan anaknya tetap memilih untuk berhenti kerja.


Menurut Mohd Faisal, ada dalam kalangan rakan sekerja anaknya meletakkan jawatan kerana enggan bekerja lebih lima hari seminggu memandangkan industri penerbangan kembali sibuk selepas negara memasuki fasa endemik.




Gambar hiasan




Malah, Mohd Faisal turut bertegas untuk tidak mempedulikan anaknya sekiranya dia meletakkan jawatan atas alasan tersebut, sebagaimana rakan-rakan yang lain.


Menurut Mohd Faisal, pengorbanan dan kesusahan yang dilalui hari ini pastinya akan membuahkan hasil lebih lumayan pada masa akan datang.


Malah, dia turut meminta anaknya agar terus konsisten dan istiqamah menjalankan amanah dalam pekerjaan yang diceburi.


Tanpa disangka-sangka, Mohd Faisal berkata anaknya menerima durian runtuh apabila kesetiaan di syarikat itu terbalas dengan surat kenaikan gaji, baru-baru ini.








Di penghujung bicara, Mohd Faisal turut menyuarakan pendapat bahawa dia kurang bersetuju dengan opsyen pekerjaan seperti penghantar makanan dan pemandu e-hailing.








Selain bersetuju dengan pandangan yang diutarakan, ada sebilangan netizen turut menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataannya terhadap pekerja e-hailing.




Gambar hiasan/Allo Technology






Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 03:34 PM | Show all posts
Makan ramai je macam ni jangan yang baru kerja tapi yang dah lama berkerja pun masih nak merungut tentang kerja.  Dah nama kerja makan gaji macam itulah cabarannya.  Kalau tak cuba kerja sendiri baru tahu yang mana lebih mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:43 PM | Show all posts
gaji 3k tapi di perkuda bapak tak tau.. ingat senang ke customer service? kene maki, kerje shift , kene buli lagi.. stress tau..
lagi lagi dgn airlines .. 3k tu termasuk kerje lebih masa.. basic berape je dpat..ko masuk kerje dari matahari tak timbol sampai la matahari tenggelam.. belom lagi kene bayar perking fee kat airport tu .. suku gaji ko je kat parking fee
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:42 PM | Show all posts
bunyi macam lebih kepada angkat bakul ja pakcik ni..

lepas tu hentam orang muda.. sedapnya mulut dia main lepas
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
beautifulorchid: gaji 3k tapi di perkuda bapak  ...


Umur 22thn byk la tu 3k. Tp nanti masuk umur 33, gaji takat tu jah (3k) baru dia tau kenapa ramai jd rider
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 09:56 AM | Show all posts
Kerja sendiri baik berniaga or independent contractor (termasuk e-hailing) ni satu kena peringat mesti disiplin adakan simpanan particularly long term (hari tua).  Maybe emergency ramai ada tapi yg long term macam EPF tak ramai, entahlah.  Kalu ko kerja makan gaji carum epf (sendiri & majikan), bahagian long term saving (hari tua) tu dah tak perlu fikir, dah jadi automatic.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2022 03:06 PM | Show all posts
beautifulorchid replied at 3-6-2022 05:43 PM
gaji 3k tapi di perkuda bapak tak tau.. ingat senang ke customer service? kene maki, kerje shift , k ...

airlines setau aku takde dah jawab call. diorg ni samada jawab chat atau reply email je. kalau bank mmg ye masih ada sistem call tu.  kalau kene maki pun stakat dlm chat jah. bg aku dah senang sgt dah tu keje diorg tu, jawab chat smbl makan2 pun takpe dr ko kene hadap call dr customer yg tak puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 03:10 PM | Show all posts
bg aku pun bbnu ni ok jah kalau keje starting as customer service. sbb keje ni boleh ajar diorg soft skill camne nak tackle orang, camne nak communicate ngan orang.  pengalaman aku la budak2 intern skrang ni takde skill nak bercakap ngan org tu. yelah generasi social media kan, diorg ni samada pemalu sangat atau terlalu outspoken sangat sampai dicop kurang ajar.  diorg tak didedahkan ngan professional linguistic masa belajar pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 3-6-2022 03:34 PM
Makan ramai je macam ni jangan yang baru kerja tapi yang dah lama berkerja pun masih nak merungut te ...

keje sendiri konon nak flexible last2 kena ikut time customer la pulak. nak lepak pon tak senang melainkan terus cuti. tapi kalau cuti rugi pulak sbb masa depan belum tentu sbb income tak menentu. flexibility takat nak main porum bila2 masa boleh la, takde sape nak marah tuduh makan gaji buta
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 04:48 PM | Show all posts
Bila makan gaji, sakit kepala sikit, terus amik MC, cuti tak gi keja...
Bila keja sendiri, sakit kepala berdengung pun, tetap gi keja.. kalau tak pergi, takde gaji hari tu...
Kan?

Bila makan gaji, kalau hujan, amik cuti takpun MC sbb taknak redah hujan...
Bila keja sendiri, hujan ribut petir pun, redah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:41 AM | Show all posts
annehuda replied at 6-6-2022 03:06 PM
airlines setau aku takde dah jawab call. diorg ni samada jawab chat atau reply email je. kalau ban ...

tu yang call centre.. yang berhadapan customer mcm mana? pernah rasa kene ludah? kenen jerit depan depan? mood ko swing setahun tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 03:17 PM | Show all posts
beautifulorchid replied at 8-6-2022 10:41 AM
tu yang call centre.. yang berhadapan customer mcm mana? pernah rasa kene ludah? kenen jerit depan ...

pernah je sebab aku dulu pun keje salesgirl jugak. masa tu aku fresh grad lg, belum konvo. keje kt parkson bandar **w***g.  bab kena maki tu bkn stakat dengan customer yg pandang rendah kt aku sebab bajet aku ni sekolah tak tinggi, ngan bos pun penah kene. barang kene curi tolak duit gaji aku.  tapi kalau ikut pengalaman aku takdelah all the time aku kene maki pun. aku jenis amek benda yang positif je, yang positifnye I learn kalau kena maki tu tahan jelah just ignore it because ignorance is bliss. dulu aku memang jenis pendiam tapi kalau dah hari2 terpaksa bercakap ngan orang itu macam latihan gak utk aku sebenarnya.  bab kene ludah aku teringat dulu ada sorg akak senior sales ni ckp kt aku, memangla kita rasa malu kene ludah, tapi orang lain akak kutuk orang yang ludah kita, bukan kita yang kene ludah.  tapi tulah bbnu zaman skrang ni kan, karang ckp lembik marah, tapi hhhhmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:27 AM | Show all posts
Semua pekerjaan ada pro and cons. Sesetengah orang sanggup stay sebab ada benefit yg company dia offer dimana company lain tiada kelebihan itu. Mana2 freshie, saya cadangkan boleh survey any vacancies di website yg reliable seperti Jobstreet.com. Anda digalakkan buat dahulu research tentang pekerjaan yg anda minat dan boleh survey company yg offer benefit yg anda mahukan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:27 AM | Show all posts
Edited by Ibraheem at 23-6-2022 01:16 PM

Semua pekerjaan ada pro and cons. Sesetengah orang sanggup stay sebab ada benefit yg company dia offer dimana company lain tiada kelebihan itu. Mana2 freshie, saya cadangkan boleh survey any vacancies di platform yg reliable seperti Jobstreet. Sekarang mereka pun dah lancarkan apps jobstreet untuk mobile phone. Senang sangat online guna fon pun boleh apply kerja. Apps dia pun user-friendly.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:33 AM | Show all posts
Edited by ZangLii57 at 23-6-2022 01:58 PM
Ibraheem replied at 20-6-2022 09:27 AM
Semua pekerjaan ada pro and cons. Sesetengah orang sanggup stay sebab ada benefit yg company dia off ...

Good advice. I agree dgn nsihat u tu, smntara tggu convo I dh survey mcm2 kerja kosong kt Jobstreet apps tu n trus dpt pggln interview. Definitely reliable platform utk cri kerja especially utk beginner, guna fon pun u boleh apply mcm2 kerja kosong
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:40 AM | Show all posts
ZangLii57 replied at 21-6-2022 11:33 AM
Good advice. I agree dgn nsihat u tu, smntara tggu convo I dh survey mcm2 keje kosong kt Jobstreet ...

Just nak tambah info yang Jobstreet pun dah create satu apps yang boleh di download menggunakan mobile phone. Apps tu boleh bantu kita untuk senang survey any job vacancies based on range of salary yang kita mahukan. Zaman sekarang macam2 benda boleh buat online. Semuanya sudah dihujung jari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2023 03:44 PM | Show all posts
ehailing pun asyukk tawww kalau rajin
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 03:44 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075052 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list