CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 12

[Tempatan] Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam

[Copy link]
Post time 3-6-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode
KUALALUMPUR: Sekiranya kerajaan bercadang untuk melaksanakan semulacukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan danperkhidmatan (SST), ia perlu dilakukan secara bersasar agar tidak membebanirakyat yang kini berdepan dengan kenaikan inflasi.
Demikianmenurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk SeriSubromaniam Tholasy yang turut berpandangan GST perlu diasingkan.
Beliauberkata GST yang dikenakan pada kadar enam peratus sebelum ia dimansuhkanseharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar limaperatus dan cukai perkhidmatan pula sebanyak tujuh peratus.
Kerajaan perlu melihat semula barangan cukaisifar, di mana ia perlu dihadkan kepada barangan asas sahaja," katanyadalam program 'Malaysia Petang Ini' terbitan Bernama TV semalam.
Beliau berkata ini kerana sekiranya kadarcukai ditetapkan terlalu rendah sehingga empat peratus, ia hanya akanmenyumbang kepada pendapatan neutral, manakala kadar lebih tinggi dapatmeningkatkan pendapatan negara, pasaran saham serta kewangan negara.
"Secara langsung ini akan memberi impakkepada kekuatan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat,"katanya.
Subromaniam berkata sebelum pelaksanaan semulaGST diputuskan, kerajaan perlu mempertimbangkan faktor masa yang sesuai,kekukuhan ringgit, dasar awam yang dilaksanakan di bawahkementerian-kementerian serta pengawalan inflasi.
"Tidak dinafikan pelaksanaan GST sebelumini, pada 2015, mempunyai beberapa kelemahan seperti pengurangan subsidi,rasionalisasi kadar tarif elektrik dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yangmenyebabkan Indeks Harga Pengguna meningkat.
"Indeks Harga Pengguna sekarang ini naiktetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk hasil yang lebih tinggi kepadakerajaan kerana impak SST hanya sampai peringkat import dan perkilangan sahajauntuk barang berbanding dengan GST yang memberi impak sehingga ke peringkatperuncitan," katanya.
Subromaniam juga mencadangkan kerajaan tidakmeletakkan nilai ambang yang terlalu rendah seperti sebelum ini pada kadarRM500,000 supaya perniagaan kecil tidak terangkum dalam pelaksanaan GST ini.
"Mungkin kita boleh lihat nilai ambangyang lebih sesuai RM1 juta hingga RM2 juta supaya tidak membebani perniagaanseperti kedai runcit biasa," katanya.
Beliau berkata GST merupakan satu sistempercukaian yang sangat efisien, telus, adil serta mesra perniagaan dan ia mampumeningkatkan ekonomi negara selain mendorong daya saing lebih tinggi bagieksport negara.
"Justeru, GST sudah tentu akanmenstabilkan harga barangan pada jangka panjang nanti," katanya.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Service 7% ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2022 11:11 AM | Show all posts
Sebenarnya bagus laksanakan GST balik lepas buat post mortem kekurangan GST tahun 2015 sebelum ni terutama kaedah refund tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:39 PM | Show all posts
Cakap senang nak laksanakanya bukan mudah bila banyak favour sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:41 PM | Show all posts
Taik la..

Jibby pun x bayar cukai bagai lagi mau sembang GST UMNGOK ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 3-6-2022 12:41 PM
Taik la..

Jibby pun x bayar cukai bagai lagi mau sembang GST UMNGOK ni

Jibi spesel kes..dia kan negarawan yg bertungkus lumus majukan negara..siap mohon tanah pencen 30j lagi..besar amat jasanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 01:22 PM | Show all posts
Bodohlah kalau nk laksanakan GST balik. Aku sebagai pegawai akaun dlm syarikat aku bekerja ni akan menyebabkan kerja2 akan bertambah  mcm dilaksanakan dulu tu.. bengang betul aku dhlah nk claim ikut date Invoice dari supplies lambat.
pastu nk kena kee-in ikut date. Kerajaan pun refund balik payment kat kita lambat.. company kena bayar dulu pada kerajaan.

kerja yg setiap bulan rutin akan bertambah balik sbb nk claim ke kastam.. nk kena kee-in invoice bagai..dah lah byk company dlm syarikat aku ni bukan satu je. ada 4&5 oii  Nak msk sistem kastam bagai..nk hantar dukumen lagi bodohlah.. kl dilaksanakan balik aku malas nk kerja dah baik aku berenti je dok rumah buat pening kepala je. hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:24 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 3-6-2022 12:39 PM
Cakap senang nak laksanakanya bukan mudah bila banyak favour sana sini

betul tu kan.. nmpk mudah je perlaksanaan haha.. siapa kerja bahagian akaun tahulah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 01:30 PM | Show all posts
baguslah buat balik ..rakyat marhaen biasa membeli barang zero gst or tiada GST....banyaklah lah peluang perkerjaan kat jabatan akaun buat documentation etc ..tapi ada company GST clims yg buat operation department.
company aku  tak bayar GST sebab banyak intercompany transaction. best gak...manage cash flow lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2022 03:48 PM | Show all posts
ctkusiam replied at 3-6-2022 01:22 PM
Bodohlah kalau nk laksanakan GST balik. Aku sebagai pegawai akaun dlm syarikat aku bekerja ni akan m ...

tu la harap kalau ada new tax regime GST ni mana-mana kelemahan telah dikenalpasti dan diperbaiki terutama refund. Memang menambah tugas accounts department tapi dari situ syarikat boleh monitor sales performance compare dengan cashflow.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2022 03:50 PM | Show all posts
glump replied at 3-6-2022 01:30 PM
baguslah buat balik ..rakyat marhaen biasa membeli barang zero gst or tiada GST....banyaklah lah pel ...

betul tu. Jabatan Kastam pun boleh buka balik Bahagian GST dan tambah pegawai untuk lancarkan pergerakan sistem GST.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:48 PM | Show all posts
macam mana nak implement bersasar tu?

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip dengar cakap mamat kicap yg.sebangsa dgn. Ltte?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057355 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list