Sudah menjadi lumrah setiap pasangan berkahwin inginkan rumah tangga yang terbina sentiasa harmoni. Lebih mengujakan sekiranya apa saja aktiviti dapat dilakukan bersama-sama.
Pasangan suami isteri Noor Neelofa, 33 dan PU Riz adalah antara pasangan selebriti sering mendapat perhatian netizen. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti akan mendapat pelbagai reaksi daripada umum.
Semalam, Neelofa memuat naik video berdurasi 15 saat di TikTok memaparkan suaminya, PU Riz membantu memakaikan inai pada kuku jari tangannya turut mendapat perhatian netizen.
Rata-rata, ramai 'melting' melihat tindakan PU Riz yang penuh teliti mewarnakan inai dijari isterinya itu. Ada juga netizen menyifatkan tindakan PU Riz itu adalah bukti bahawa dia sebenarnya seorang suami yang 'sweet'.
Melihat kemesraan pasangan suami isteri itu, netizen turut mendoakan agar rumah tangga yang terbina itu akan kekal buat selamanya. Netizen berkata, Neelofa pastinya bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang baik.
Pasangan korang 'sweet' macam ni tak? - CARI
|