CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 5

"Nak Masak Ke Beli, Nak Tidur Tak Ada Yang Tegur,"-Aishah Selesa Solo, Lepas Ni Nak Cari Suami VIP?

[Copy link]
Post time 2-6-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Tak usahlah dipaksa untuk dia membuka mulut mengenai punca perceraiannya dengan bekas suami.Pokoknya, Datuk Aishah Ariffin, tetap akan menyimpan hal itu buat dirinya sendiri.


Wajahnya kelihatan ceria ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Ketentuan Takdir yang sedikit sebanyak barangkali mencerminkan hatinya kini yang semakin tenang biarpun hidup tanpa ada lelaki bergelar suami di sisi.


Malah, ketika ditanya, dia sendiri mengaku lebih senang hidup solo meski sejarah mencatatkan dia telah empat kali gagal dalam alam perkahwinan.




Foto: IG




“Lebih senang hidup begini. Nak makan apa, nak tidur pukul berapa, suka hati. Nak makan beli ke masak ke, nak tidur seharian pun, suka hati tak ada siapa nak tegur.


“Tapi sebenarnya, saya tak adalah pula kata nak tutup pintu hati terus. Bab hati ini, adakala Allah SWT itu nak uji, kita tak tahu. Tiba-tiba jumpa cinta hati baru, mana tahu? Sebab saya sendiri pernah lalui pengalaman itu.


“Dulu bila pernah gagal dalam perkahwinan, saya cakap dah serik. Tapi, Allah SWT kurniakan jodoh lagi kemudian. Itulah saya jadi tak berani nak cakap tak nak atau tak mahu,”katanya.


  



Mengusik penyanyi bertaraf lagenda ini dengan pertanyaan sama ada dia kini sudah ada yang cuba-cuba mendekati, dia cuma berseloroh. Apalagi bila diusik andai ada lelaki berstatus VIP yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati. Lekas-lekas dia menepis.


“Dalam tempoh 36 tahun saya menyanyi dan kini berusia 57 tahun, di usia begini baru dapat soalan macam ini. Tak adalah! Mana ada calon pengganti VIP. Kalau ada pun, saya yang lari.


“Soal nak cari pengganti ini, saya tak nak komen sangat. Saya sebenarnya lebih kepada rasa nak menikmati hidup ini dengan cara sendiri. Lebih rasa nak naik taraf dan perbaiki diri jadi manusia lebih baik.


“Alhamdulillah, saya gembira. Daripada gemuk, sekarang dah bersaiz M. Kini,kalau saya rasa nak hargai diri dengan membeli-belah, nak berjalan ke mana saja, saya akan buat. Ia juga sebagai satu terapi. Cara kita pujuk hati,”katanya.




  



Berkongsi lanjut, kata Aishah, dia juga tidak berasa sunyi kerana anak-anak sentiasa di sisi menemani hari-hari bersama.


Malah, dia juga lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti jika tidak sibuk dengan jadual seni menyanyi.


“Tak sempatlah nak rasa sunyi. Kehidupan saya pula, sentiasa saja sibuk, dengan anak-anak, kerja. Kalau bosan pun, saya suka buat kerja seni saya sebagaimana yang selalu dikongsikan di Instagram itu.


“Bagi sayalah, nak bahagia, nak gembira, tidak semestinya kita sebagai wanita ini perlu ada suami. Kita sendiri boleh bahagiakan diri. Yang penting, kena tabah. Bersendirian bukan bermakna sunyi.




  



“Adakala, keramaian itu boleh membuatkan kita sunyi. Saya pun tak perlu kawan-kawan yang ramai sebab saya suka larut dengan aktiviti sendiri. Tapi tak bermakna juga saya tak ada kawan-kawan,”katanya.


Sempat berseloroh, kata Aishah, kalau dia ingin mencari suami sebagai imam dan berteman ke masjid di usia-usia senja pun untuk apa.


“Nak pergi masjid? Pergi sendiri pun boleh. Paling tidak, ajak sajalah kawan-kawan sekali. Selagi kita boleh buat sesuatu perkara itu sendiri, buat saja.


“Dalam hidup ini, kita buat apa yang kita rasa gembira. Macam saya katakan, enjoy sajalah walau ada ketika hidup dihimpit masalah. Nikmati saja hidup ini,”katanya.




  



Untuk info, sekitar awal tahun ini, Aishah mengejutkan ramai termasuk peminat menerusi berita perceraiannya dengan bekas suami keempat setelah lima tahun melayari rumah tangga bersama.


Difahamkan, dia telah diceraikan menerusi aplikasi Whatsapp sekitar Disember tahun lalu namun enggan terlalu berkongsi mengenai hal tersebut kepada umum. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih solo dari ber 2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by whimsicalmusic at 3-6-2022 01:07 AM

Pnjg sgt statement dia..ptt ckp je selesa hidup sendiri n xmencari..tp kalo ade jodoh, ade la
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:57 AM | Show all posts
berjela betul karangan pasal jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:02 AM | Show all posts
point2 dia byk yg betul walaupun bunyik mcm menongkat langit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:03 AM | Show all posts
Enjoy je la hidup sendirian mek cah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.090175 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list