CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5291|Reply: 40

Elyana Kecewa Dituduh Menipu Tentang Penyakit Kanser

[Copy link]
Post time 2-6-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Elyana meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya sebelum ini.


Elyana mendedahkan ada dalam kalangan rakan-rakan karibnya juga menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu.


Namun penyanyi lagu Kalis Rindu itu tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami ‘penderitaan’ yang dialaminya.


Foto: IG




“Pada awalnya saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun. Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.


“Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar. Mereka tahu perkara ini.


“Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu ‘struggle’ saya macam mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.


  



Elyana memberitahu, dia telah pun memaafkan semua pihak terutama warganet yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya, sebelum ini.


“Jadi, mereka ini boleh melontarkan apa sahaja dalam fikirannya. Kebanyakan juga, antara warganet yang pernah bercakap yang tidak baik seperti memfitnah.


“Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan,” jelasnya.


  



Pelakon drama popular Dunia Baru itu menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.


“Bagi saya, saya tidak akan menipu mengenai sakit. Tidak mungkin, kerana setiap kata itu adalah doa.


“Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran,” katanya.




  



Berkongsi perkembangan kesihatan terkini, Elyana memaklumkan dia masih mempunyai empat kali rawatan kemoterapi yang perlu dijalani setiap dua minggu sekali.


“Sekarang ini, saya ada masih berbaki empat sesi kemoterapi. Sebenarnya perlu teruskan rawatan pada bulan puasa tetapi saya minta kepada doktor supaya menangguhkan dahulu sebab nak nikmati kehidupan Ramadan.


“Kalau nak ikutkan memang bahaya tangguhkan, namun insya-Allah ini semua ketentuan Allah. Bukan tidak mahu buat, tetapi kita lewatkan masa sedikit. Lepas raya ini insya-Allah saya sambung lakukan kemoterapi dua minggu sekali seperti biasa,” katanya.




  



Pada Disember lalu, Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.


Terdahulu, dia pernah memaklumkan kanser itu menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.


Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 12:34 PM | Show all posts
masih buat kemo...
maksudnya belum bebas kanser lagi la khen?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 01:29 PM | Show all posts
sleepandream replied at 2-6-2022 12:34 PM
masih buat kemo...
maksudnya belum bebas kanser lagi la khen?

mcm penah ada baca, even dah disahkan bebas kanser, ada rawatan kemo lg utk prevent sel kanser kembali membiak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 2-6-2022 12:34 PM
masih buat kemo...
maksudnya belum bebas kanser lagi la khen?

Mcm makcik i pon dah bebas kanser,semua org dah happy,tak sampai setahun sekali sel kanser dtg balik trus pergi ke stage 4 dan tak lama tu meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 02:50 PM | Show all posts
dia ni ada adopt anak dari benon kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 03:40 PM | Show all posts
smoga yg baik2 saja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
melekaifc replied at 2-6-2022 02:50 PM
dia ni ada adopt anak dari benon kan?

Iye ank si yasmin tu lah
Katanya tak bagi jumpa yasmin
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak kalo ade org ckp ak ni ckp betol or tipu pasal sakit ak peduli ape. Ckp la kome. Jji ak hidup and bole sehat. Lantak la nk percaya ke x. Xde masalah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenye die buat statement bebas cancer tu just utk Jadi duta sacha inci la kot. Kawan iols dah 10 tahun takde kanser, dojtor masih x bagi declare die bebas kanser. Doktor kate once dah declare, tak perlu rawatan or check up lg. Bile takde check up, risau tibe2 kanser tu membesar balik tanpa sedar. So smpi skrg die masih buat check up 4 bulan sekali. So far alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 2-6-2022 07:30 PM

Klu telah diberi.
Rakan seangkatan (karib), sekumpulan (lebih dari seorang). Suka membawang kehidupan peribadi rakan artis lain.

#tidakmahumenudingjari
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena selalu buat cek up la. Mcm tak da ja istilah bebas cancer tu ..ka memang boleh bebas betul
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:24 PM | Show all posts
aku sikit pun tak percaya elyana ni. sebab dari dah dekat nak meninggal hari tu...aik tiba2 elok pulak. amboiii cite tamil pun tak mncm tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Faham la ada sakit kanser tu
Tp ko ni penyanyi
Mn hasil kje kau

Tak kan nk Kalis rindu jeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik macam ragu2 jua
Tapi macik buat dono aje

Tiberrr dia sendiri upkan story orang cakap dia menipu
Ehhhhh ehhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang tak menahan siap announce dia cancer fighter masa GV
Acah2 seplaisssss gitewwwww
Dia bijak
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Atttention seeker, ke ko nak tutup kes ko amek anak kat benon ??

Ade statement dia ke ek pasal anak angkat yg dia amek dr benon tu, siap leh tukar2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 3-6-2022 05:32 AM
Atttention seeker, ke ko nak tutup kes ko amek anak kat benon ??

Ade statement dia ke ek pasal anak ...

Apa maksud uols tukar.. Iols tak follow sheols.. So tak tau Sgt pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols punya family members terdekat ada cancer survivor... Anak buah dan mertua.. Alhamdulillah.. Sekarang sihat2 masing2.. Just buat rawatan susulan je.. Tapi sebelum disahkan bebas cancer tu memang kena buat kimo dengan radioterapi utk pastikan sel2 cancer tu betul2 dah xaktif lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 2-6-2022 07:49 PM
Kena selalu buat cek up la. Mcm tak da ja istilah bebas cancer tu ..ka memang boleh bebas betul

Mcm family meols.. Cancer tu xkan hilang la.. Dia jadi macam 1 dot kat tempat tu.. So dot tu yg doktor nak pantau xnak bagi aktif balik.. Nak hilang tu memang xdapat laa.. Tapi boleh elak dari aktif balik.. Syarat dia kena jaga makan.. Ikut nasihat doktor.. Makan ubat ikut time.. Kena rajin buat rawatan susulan.. Doktor pon x jamin sape2 yg dah bebas cancer ni yg diorang ni akan bebas selama2nya.. Mungkin bertahan paling lama 10tahun sebelum kena balik.. Sebab kt ni terdedah dgn macam2 pencemaran kan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:33 AM | Show all posts
limau_lemon replied at 3-6-2022 06:20 AM
Apa maksud uols tukar.. Iols tak follow sheols.. So tak tau Sgt pasal dia

dengar kabo memula dapat anak yang tak berapa sihat. pastu tukar la yang sihat dan elok. macam beli anak kucing plak dibuatnye

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047885 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list