Baru-baru ini ramai selebriti bersuara tentang isu body shaming di media sosial masing-masing, malah penyanyi antarabangsa seperti Shila Amzah juga tidak lari dari berkongsi hal yang sama di Instagram.
Tiada siapa yang mahu menerima kecaman tentang bentuk badan mereka, apatah lagi mereka kini sedang berkerja keras melakukan senaman bagi mendapatkan kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Foto: IG
Itulah yang dilalui penyanyi berbakat, Shila Amzah ketika ini di mana dia mendedahkan sudah berasa penat menerima semua komen-komen berbaur body shaming.
Shila berkongsi pandangannya menerusi coretan ringkas dan menunjukan aksi dengan menggunakan dumbbell dalam video yang dimuat naiknya.
“I’m done with these body shaming comments," tulisnya.
Muat naik Shila mendapat sokongan dari Janna Nick, pelakon dan penyanyi lagu Nakal ini menitipkan kata-kata semangat buat Shila menerusi komen yang ditinggalkannya.
“Go go go,” komen Janna.
Melihat hantaran yang dikongsikan pelatun lagu Khilaf Asmara ini di media sosialnya, ramai warganet meninggalkan pelbagai komen dan respon diruangan komen muat naik penyanyi terkenal ini.
“Saya tahu ianya susah nak hiraukan komen macam tu. Tapi hey anda buat yang terbaik kasha. Teruskannya”
“Yang penting anda gembira dan anda sayangi diri anda”
“Pada akak yang paling penting, gembira dengan prestasi diri sendiri dan selesa dengan penampilan kita.. Jangan hiraukan mulut orang” komen netizen
“Kebahagian anda tidak bergantung pada orang lain. Anda beri yang terbaik dan masih terus mencuba”
“Abaikan apa orang kata.. Cuma fokus pada diri anda sendiri”
“Kak Sha nampak bagus tak kira apa pun!”
Sekadar info selain Shila Amzah, Janna Nick dan juga Datuk Fazley Yaakob antara selebriti yang berkongsi dan bersuara tentang masalah body shaming yang dilalui di media sosial mereka. -CARI
Post time 31-5-2022 07:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbnrnye xksh pn ko gemuk tp yg buat sakit mata tu, ko gemuk tapi ko suka buat tiktok menari terkinja2 sampai kegemukan tu jd mcm melantun-lantun, rengsa acik tgknya... Sakit mata acik. Dh ada anak tu bawak2 la kurgkn tiktok..
Post time 31-5-2022 08:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni pun peel mcm sitot… terkinja2 buat tiktok lpstu fesyen makin hauk… diorg ni x ckup lg ke limelight diorg dpt still nak buat tiktok yg sampah lg?
Post time 31-5-2022 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baikla gi kuruskan badan. Utk kesihatan dan stamina sendiri gak. Pastu ko nak goyang gerudi 360° pun takla sakit mata org tgk gegar2
Tp gamba dgn dumbell segala tu eksesais bebetul ke atau utk feed socmed semata? Sbb biasanya set2 tayang dumbell 1kg dgn eksesais matt kaler sedondon ni biasanya wayang2 jah eksesais 15 minit termasuk selfie berpuluh angle
Post time 31-5-2022 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
apabila seseorang tak dpt menerima kenyataan kemudian merempan dan akhirnya play victim. kesimpulannya semua salah. org yg buat dia gemuk bkn sbb diri sendiri makan tak sedo diri
Post time 31-5-2022 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat ada gambar kat rumah retis mana ntah suatu ketika dulu, Shila Amzah hadir ke Majlis tu. Gambar focus kat org lain, tapi kat belakang ter'capture' Shila Amzah rebeh selekeh semacam je, duk kelek anaknya
ada tgk sila mezah kat astro time posa yg rancangan dgn kak lina masak2 tu..terserlah betol lelemak sheols dr pinggang ke bawah...ingtkan sapa retis jemputan sekali sila mezah rupanya
Post time 31-5-2022 10:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Suchi at 31-5-2022 10:17 PM
Kepada sesiapa yg kena sindir badan amik kata2 tu sebagai pembakar semangat tiap kali korang malas nak diet or bersenam.
Bila rasa malas nak berlari ingat balik kata2 yg pedih tu mesti korang akan jd semangat nk lari.
Percayala hasilnya korang akan kena sindir badan sbb badan dh kurus plak.
Post time 31-5-2022 11:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iklan dia yg jd duta kerusi urut sewa tu selalu lalu lalang kat fb aku. Mmg jd bahan la kat komen2. Body shaming tu no 2,deme dok bahan fesyen dia. Aku tgk pun garu kepala.