CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 1

[Tempatan] Timah bukan bisnes suram

[Copy link]
Post time 31-5-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Timah bukan bisnes suram


KILANG MSC yang berusia 120 tahun di Butterworth akan ditutup pengoperasiannya apabila dipindahkan ke Pulau Indah, Klang dalam tempoh tiga tahun. FOTO BERNAMA

Butterworth: Kilang berusia 120 tahun milik Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC) di sini mungkin sedang melewati tempoh yang kian suram sebaliknya prospek keseluruhan syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSC Raveentiran Krishnan berkata, kilang baharu itu sedang meningkatkan pengeluaran ketika ini dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai kapasiti penuh.

"Kami akan perlahan-lahan menamatkan operasi kilang peleburan di sini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dan kemudian memindahkan operasi ke Pulau Indah.

"Kilang peleburan lama itu kemudiannya akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial dan perumahan di kawasan ini," katanya kepada Bernama.

Kilang peleburan ikonik yang dibangunkan pada 1902 oleh The Straits Trading Company itu pernah menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Ia mengharungi dan cekal bertahan dalam ujian dan cabaran pelbagai peristiwa penting seperti Perang Dunia Kedua dan krisis harga timah 1985 yang membawa kepada kejatuhan Persatuan Negara-negara Pengeluar Timah (ATPC).


RAVEENTIRAN menunjukkan ‘kawah gergasi’ yang digunakan untuk melebur timah. FOTO BERNAMA

Beliau berkata, ketika Jepun menawan kilang itu semasa Perang Dunia Kedua, operasi peleburan timah di kilang itu terpaksa dihentikan sepenuhnya kerana ia digunakan untuk menghasilkan sebahagian komponen jentera perang mereka termasuk basikal, motosikal dan kenderaan bagi memudahkan peperangan mereka di Tanah Melayu.

Meskipun pasaran timah mengalami kejatuhan pada 1985 apabila ATPC tidak lagi dapat mengawal harga, MSC berjaya meneruskan operasi di kilangnya di sini dengan berdepan segala kemungkinan.

"Pasaran musnah dan harga timah merosot sehingga RM20 sekilogram dan ia kekal pada paras itu sehingga 2003. Negara seperti China dan Indonesia mula mengeluarkan lebih banyak dan menjadikan permintaan lebih rendah berbanding penawaran," katanya.

Namun, harga timah mula pulih pada sekitar 2004 susulan permintaan yang kukuh kerana sifatnya sebagai logam teknologi dan seiring dengan kebangkitan pembuatan telekomunikasi dan elektronik pengguna untuk memenuhi permintaan yang meningkat.


PEKERJA sibuk melakukan rutin harian mereka di kilang lebur timah yang sudah berusia 120 tahun. FOTO BERNAMA

Tidak perlu dikatakan lagi bahawa ledakan teknologi global amat memangkinkan pasaran timah dengan penggunaannya tidak terhad sebagai kegunaan tradisional bagi pematerian dan penyaduran timah, malah untuk bateri dalam kenderaan elektrik (EV), panel solar, bahan kimia timah dan sebagainya.

"Kami juga sedang berusaha untuk terus membangunkan penggunaan baharu bagi timah dengan kerjasama Persatuan Timah Antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom serta pihak lain agar dapat mengekalkan penggunaan timah.

"Dari segi pascapenggunaan, wujud juga momentum yang semakin rancak untuk mengitar semula timah dengan mengekstraknya daripada komponen elektronik dan kimia timah supaya kita tidak perlu hanya menumpukan pada perlombongan," katanya.


KETULAN timah yang dihasilkan di kilang milik MSC. FOTO BERNAMA

Raveentiran berkata, dari segi pengeluaran, MSC pada masa ini boleh meleburkan sehingga kira-kira 30,000 tan timah padat setahun dan dijangkakan meningkat kepada kira-kira 40,000 tan dalam masa terdekat.

"Dalam melangkah maju, memandangkan kami meningkatkan operasi di Pelabuhan Klang, kami menjangkakan memperoleh lebih banyak timah padat kerana kami sudah mendapat relau TSL (top submerged lance) yang mempunyai faedah utama mengatasi relau konvensional.

"Faedah ini termasuk kos operasi yang lebih rendah, akses kepada gudang LME (Bursa Logam London) dan paling penting jejak karbon yang lebih kecil," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -bukan-bisnes-suram

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 09:40 AM | Show all posts
cina nak take over sumber negara ?? talk to my hand lah bodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.091616 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list