View: 1443|Reply: 9
|
"Garangnya Aku Pun Nangis Sekali," - Demi Menjiwai Watak, Wan Maimunah Ajar Pelakon Kanak-kanak Pakai Rotan
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Sher Alyahya
Baru-baru ini, salah seorang krew produksi telefilem 'Derhaka Seorang Ibu' telah memua tnaik video terbaru di akaun Tiktoknya. Menerusi video itu, kelihatan pelakon veteran Wan Maimunah telah memegang rotan untuk mengajar seorang pelakon kanak-kanak sehingga menangis. Menurut sumber, ibu kepada pelakon kanak-kanak itu berasa sedih melihat tangisan anaknya namun inilah proses pembelajaran untuk anaknya.
Menurut sumber, pelakon kanak-kanak itu dikatakan sukar untuk menjiwai watak sebagai seorang anak yang baru dipukul oleh ibunya. Hal ini menyebabkan Wan Maimunah selaku pelakon profesional telah mengajar pelakon kanak-kanak itu agar dia boleh menangis secara spontan. Wan Maimunah sangat terkenal dengan sikapnya yang mementingkan kualiti seorang pelakon untuk menjiwai watak yang diberikan.
Menerusi video itu, Wan Maimunah kelihatan membawa rotan dan melibaskan rotan itu ke lantai untuk membuatkan pelakon kanak-kanak itu takut sekaligus dapat mengalirkan air mata ketakutan sesuai dengan skrip yang diberikan. Hal ini menyebabkan ramai netizen mengatakan bahawa pelakon kanak-kanak itu akan menjadi seorang pelakon yang hebat kerana diajar oleh seorang pelakon popular.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji cara Wan Maimunah mengajar pelakon di set penggambaran. Di samping itu, ramai juga yang mengucapkan selamat maju jaya kepada pelakon kanak-kanak itu. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama airmata, kadang overacting pun ada. Macam Dodol tak Bergula drama raya Suria tu. Tapi zaman Rashid Sibir dulu, kemain daring gitew. Berkemban jek. Giler lah. |
|
|
|
|
|
|
|
nak budak senang nangis pi panggil balqis tu hah..nangis siap cebik2, air mata air idung semua keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Gosh! That is insane! Do.not.do. that to kids! Makpak pun punya nak suruh anak berlakon! WanM pun kemain nak keluarkan bakat lakonan konon, ujung2 bila dah tua, merempat, merempan hiba sana sini , tak de sumber utk teruskan kehidupan. Ujung2 dok berhutang sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan tengok kalau drama sedih2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 30-5-2022 11:19 AM
Drama airmata, kadang overacting pun ada. Macam Dodol tak Bergula drama raya Suria tu. Tapi zaman Ra ...
Mcm cite pondok buruk ke quran buruk. Berkemban je wan maimunah tgh2 hari buta kat umah. Laki pak imam, dia lak ada skandel dgn yalal chin. Bulan puasa selamba makan tgh hari dlm periuk dgn anaknya pasha sanda. Dialog dia masatu ke anaknya, ko jgn nak buat muka sepundal ko dekat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah2, bawak je siti belon eh benon dataang set bukan saja budak nangis crew2 pun turut merasa hiba dan takut |
|
|
|
|
|
|
|
berkemban, pastu makan kerepek time bulan puasa dekat beranda sambil rambut ngerbang
sampai sekarang ingat scene tu
|
|
|
|
|
|
|
|
suka2 replied at 30-5-2022 11:50 AM
Mcm cite pondok buruk ke quran buruk. Berkemban je wan maimunah tgh2 hari buta kat umah. Laki pak ...
Joyah jadi bini yalal chin kan? Dibodohkan je oleh 2 ekor tu. Kulu kilir naik motor, siap ada rumah tuk check-in. Jauh kedepan drama Rashid sibir dedolu. Tapi lelama orang jadi muak. Fasha pun masih bersuara doremon masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dekmieDandy replied at 30-5-2022 03:02 PM
berkemban, pastu makan kerepek time bulan puasa dekat beranda sambil rambut ngerbang
sampai sekar ...
Kita pun tanjat kemain Wan Maimunah dengan rambut nya panjang mengurai. Anak beranak plak tu tak puasa. Liar sangat sampai pregnant then pergi jumpa bomoh plak nak gugurkan. Memang menjadi drama tu. Meski pak nya alim, iman tu tak diwarisi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|