CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 138|Reply: 0

[Kedah] Anggota polis patah kaki dirempuh mat rempit

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Motosikal yang disita dalam Ops motosikal dan Samseng Jalanan di sekitar daerah Baling. FOTO IHSAN PDRM

Baling: Seorang anggota polis patah kaki dirempuh motosikal ditunggang remaja berusia 16 tahun ketika menjalankan tugas dalam Ops Motosikal dan Samseng Jalanan di Kampung Tas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika remaja berkenaan cuba meloloskan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Anggota yang cedera itu dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu Shamsudin berkata, remaja berkenaan antara enam penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi selama dua hari bermula Rabu lalu yang dijalankan di sekitar Kampung Lalang dan Kampung Tas itu.

Katanya, sebanyak 233 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan 48 motosikal disita.

"Enam penunggang motosikal berusia 16 sehingga 23 tahun ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kerana terbabit dalam kegiatan lumba haram di sekitar daerah ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 64 akta sama," katanya.

Katanya, motosikal yang disita banyak melakukan kesalahan trafik seperti tiada nombor pendaftaran, pengubahsuaian ekzos, ubah struktur peralatan, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dirempuh-mat-rempit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.074199 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list