CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Perlis] 5 bulan 'panjat' tangga flet 13 tingkat

[Copy link]
Post time 26-5-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode

PPR Sri Sena di Kangar - Foto ihsan Facebook SWCorp Perlis

KANGAR: Leceh dan memenatkan - itu antara rungutan diluahkan penghuni Blok A Pangsapuri Sri Sena di sini, yang terpaksa memanjat tangga lebih 13 tingkat bangunan itu setiap hari sejak lima bulan lalu.

Semuanya disebabkan kerosakan lif yang berlaku di satu daripada blok pangsapuri terbabit yang sehingga kini belum dapat diperbaiki.

Seorang penduduk, Chau Tek Kau, 70, berharap masalah berkenaan dapat segera diselesaikan kerana ia membebankan penduduk.

"Amat memenatkan, lebih-lebih lagi buat warga emas seperti saya. Namun saya tiada pilihan dan terpaksa menggunakan tangga dua kali sehari untuk pergi dan balik kerja," katanya kepada pemberita hari ini.


Tek Kau yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah restoran berkata, masalah kerosakan lif itu bukan satu perkara baharu dan pihak komuniti sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali Abdullah, 54, berkata beliau difahamkan kerajaan negeri sudah pun meluluskan peruntukan bagi membaiki lif itu.

"Entah di mana silapnya kami masih menunggu, namun masih belum ada kerja pembaikan dilakukan pihak kontraktor hingga hari ini.

"Keadaan bertambah buruk apabila pangsapuri ini mengalami masalah bekalan air semalam, jadi kami terpaksa naik turun tangga beberapa kali untuk mendapatkan bekalan air," katanya yang memiliki empat anak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM333,120 kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi kerja penyelenggaraan secara berkala lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Sri Sena.

"Kita mengambil berat kesusahan rakyat dan peruntukan sudah diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Mac lalu.

"Saya difahamkan oleh JKR bahawa tender dan lantikan kontraktor sudah dibuat pada pertengahan April lalu," katanya.

Azizan berkata beliau difahamkan kontraktor dilantik menghadapi masalah teknikal bagi mendapat alat ganti dari luar negara, namun masalah itu dijangka dapat diselesaikan dalam masalah terdekat. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... gga-flet-13-tingkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.075899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list