CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 0

[Tempatan] Bekas suami Ziana Zain terlepas penjara, denda RM8,000

[Copy link]
Post time 25-5-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Armin Zaharin ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - ZULFADHLI ZAKI

Bekas suami Ziana Zain terlepas penjara, denda RM8,000

SHAH ALAM – Bekas suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas daripada hukuman penjara selepas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Hasbullah Adam menetapkan sedemikian selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin,57, mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 28 September 2020.

Sekiranya gagal membayar denda itu, bekas pramugara itu boleh dipenjara enam bulan.

Pada prosiding keputusan rayuan itu juga, mahkamah bagaimanapun menolak bagi mengetepikan sabitan dikenakan kepada Armin Zaharin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Turut diperintahkan mahkamah adalah wang jaminan RM8,000 dikembalikan kepada Armin Zaharin sebagai perayu.

Hasbullah dalam penghakimannya berharap hukuman itu sebagai pengajaran dan menasihatkan Armin Zaharin supaya lebih mengawal diri (pada masa depan).

“Hubungan anak dengan bapa tidak akan putus. Anak tetap anak. Sampai mati pun tetap anak, jangan putus hubungan,” tegurnya.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin Zaharin selepas dia didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya berumur 9 tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018.

Berikutan itu Armin Zaharin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk mangsa manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu Armin Zaharin.

Sepanjang prosiding rayuan bermula Januari tahun lalu, Armin sebagai perayu diwakili Peguam Amir Farid Mohd. Nawawi dan Danish Manoharan mengemukakan asas rayuan mengenai kewajaran hukuman penjara lapan bulan tersebut.

“Sekiranya betul anak guam saya bersalah kerana merotan, lapan bulan penjara itu tidak munasabah bagi seorang bapa yang merotan ketika mengajar anaknya mengaji,” jelasnya.

Namun, pihak responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar menegaskan hukuman itu perlu mengambil kira atas beberapa faktor antaranya jenis kecederaan yang telah terakibat daripada penderaan itu dan kesannya ke atas fizikal, mental dan emosi mangsa.

“Selain itu, tempoh tertuduh melakukan dan kekerapan penderaan ke atas mangsa,”jelasnya.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin dan Armin Zaharin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. -KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list