View: 1098|Reply: 5
|
"Terhegeh-hegeh Nak Masuk Kereta" – Wanita Geram Tunggu 30 Minit Kereta Kena 'Block'
[Copy link]
|
|
Sumber: Facebook Shahrudin MA
Seperti yang kita semua tahu, ramai pengguna jalan raya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.
Ada pengguna yang memandu kenderaan di lorong kecemasan dan ada yang suka ambil parkir orang lain. Kalau nak disenaraikan satu per satu, esok pun tak akan habis!
Baru-baru ini, kisah yang sama terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia berdepan dengan pemandu yang mementingkan diri. Video mengenai kisah itu dikongsikan suaminya sendiri di Facebook milik Shahrudin MA Suhilee.
Menerusi posting itu, suami wanita itu, Shahrudin mengecam pemandu kenderaan yang gemar ‘double park’ terutama di kawasan hospital yang sangat padat dengan kereta. Seeloknya sebagai pemandu kita letaklah nombor telefon pada cermin kereta supaya orang dapat menghubungi kita untuk mengalihkan kenderaan.
Lelaki ini juga berkata, isterinya terpaksa menunggu pemandu yang menghalang keretanya selama 30 minit. Tambahnya, akibat terlalu lama menunggu, isterinya menjadi beremosi kerana banyak urusan tergendala termasuklah terlewat mengambil anak di sekolah.
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah sebaik sahaja pemandu wanita yang menghalang kenderaan isterinya itu tiba, dia langsung tidak panik atau bergegas masuk ke dalam kereta walaupun isterinya telah mengatakan bahawa dia sudah lewat kerana banyak urusan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan sikap pemandu wanita itu. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je perangai macam dia ni mana2 kawasan pakir pun ada je species macam ni hanya pentingkan diri dan keselesaan diri je tak fikirkan orang lain. Ada iklan mengenainya di tv pun tak berjaya mengajar mungkin mereka angga ia sekadar lakonan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah spesis macam ni - tinggalkan nombor telefon supaya tak menyusahkan hidup orang lain! Kalau tak, baik mati jelah!
Ni muka dah viral, harap tak defensive jongos! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu blok kete org tgl no.fon, gear N, jgn tarik h/ brake....baru tk kena makan sumpah.... |
|
|
|
|
|
|
|
double park tu 1 cerita... dah masuk keta, terhegeh2 nak keluar...
lady driver selalunya mcm ni, dah masuk keta nak betulkan tudunglah, touch up makeup, nak tukar siaran radio lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa eh suka berlama2 dalam kereta? |
|
|
|
|
|
|
| |
|