CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

'Kena Jumpa Anak Dulu Kalau Ada Calon' - Aishah Enggan Cakap Besar Soal Jodoh

  [Copy link]
Post time 25-5-2022 06:41 AM | Show all posts |Read mode
"Anak-anak cakap kalau ada calon bagi jumpa mereka dulu. Sekarang ini mereka adalah penjaga saya. Sebab mereka pun dah cukup dewasa. Garang pula tu."


Demikian kata penyanyi terkenal Datuk Aishah Ariffin ketika ditanya mengenai jika dirinya ada didekati lelaki tertentu selepas sah bercerai dengan pasangannya, Syamsul Bahari pada Disember tahun lalu.




Kredit foto: IG Aishah




Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata dia okay walaupun perlu melalui fasa solo sekali lagi selepas empat tahun berkahwin.


"Saya okay saja. Saya tidak ada banyak perubahan dalam kehidupan. Saya ada rumah sendiri, anak-anak dan lain-lain.


Cuma tak ada pasangan saja.


"Saya memang dari dulu berdikari. Kalau ada persembahan pun akan memandu sendiri. Kekuatan saya adalah anak-anak selaln menjaga hubunhan baik dengan Allah SWT," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya sejauh mana dia bersedia untuk kembali berumah tangga, Aishah yang ditemui pada Majlis Pelancaran Single Baharu, Ketentuan Takdir di ibu pejabat Universal Music Malaysia, di sini, hari ini berkata, dia tidak mahu bercakap besar soal jodoh.


"Sekarang ini tak ada 'cintan-cintan'. Saya sendiri dan okay saja. Kita tak tahu ajal, kalau hari saya kata tak nak tiba-tiba nanti menjadi lain pula. Buat masa sekarang tawar juga. Tapi kuasa Allah, Dia bolak-balikkan hati ini kita tak tahu.




Kredit foto: IG Aishah




"Kenapa umur sekarang baru ada soalan macam ni? Kenapa masa muda tak ada? Pada usia sekarang, kalau ikut hati lagi senang macam ni (solo).


"Nak makan, makan. Nak bangun jam betapa ikut kita, nak masak, nak tempah, nak tidur seharian, tidak ada siapa nak tegur. Tapi kalau tiba-tiba ada cinta hati, kena masak. Itu semua kita tak tahu. Sebab saya pernah ada pengalaman itu. Dalam pada tak nak, tapi ada juga. Sebab itu tak berani nak cakap," katanya.


Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 2.459692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list