CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 11

[Politik] Fuh! Dasyat...'Pindah keluar lebih RM17 juta bukan untuk pecah amanah' - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:58 PM | Show all posts |Read mode
'Pindah keluar lebih RM17 juta bukan untuk pecah amanah' - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau tiada pilihan apabila memindahkan dana RM17,953,185.21 milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya ke dalam akaun firma guaman Tetuan Lewis & Co.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, keputusan itu dibuat kerana setiausaha eksekutif ketika itu, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly yang diamanahkan menjaga urusan akaun peribadinya dan yayasan berkenaan didapati kerap melakukan kesilapan dan cuai ketika mengendalikan akaun berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak melakukan pecah amanah dengan membuat pemindahan wang terbabit.

"Apakah pilihan yang saya ada melainkan mencari jalan supaya wang yang ada dalam simpanan semasa di bank iaitu keseluruhan dana Akalbudi dipindahkan ke sebuah firma guaman di mana terdapat akauntan dan pegawai akaun serta penyimpan kira-kira yang bertauliah menjaga akaun pelanggan.

"Maka saya membuat keputusan pemindahan itu dilakukan bukan untuk pecah amanah tetapi menggunakan sebuah syarikat guaman yang mempunyai pegawai yang berketerampilan untuk menjaga akaun pelanggan sebagai pemegang amanah wang Yayasan Akalbudi," katanya.

Ahmad Zahid menjawab berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, pada sesi pemeriksaan utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid yang disoal peguam belanya, berkata dana berkenaan tetap milik yayasan walaupun selepas dipindahkan kepada firma guaman.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, Mazlina melakukan banyak kesilapan ketika menguruskan cek, selain tidak menghantar penyata bulanan dan dokumen lain apabila diminta.

Katanya, beliau banyak kali memberikan nasihat dan panduan kepada Mazlina selepas mendapati pegawainya itu tidak mempunyai latar belakang perakaunan, bagaimanapun Mazlina yang juga saksi ke-90 pendakwaan hanya meminta maaf tetapi tetap mengulangi kesalahan sama.

Disoal mengapa dalam banyak firma guaman beliau memilih Tetuan Lewis & Co, Ahmad Zahid berkata, mengenali peguam dalam firma guaman itu selepas diperkenalkan rakannya dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadiri perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi pagi ini. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -amanah-ahmad-zahid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 11:30 PM | Show all posts
stetement bongok...baik ko letak bwh bantal je....alang2 dh bg alasan x lojik tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:31 PM | Show all posts
atau baik ikut cara bossku-saya x tahu masuk akaun saya....tp sy belanje joli sakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:15 AM | Show all posts
Dana juta2 dikendalikan oleh sorang staf je ke tanpa background accounting/finance?
Bijak...bijak...
Lepas tu guna bayar bil2 peribadi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata laki akak kat zahid, dia ni x mkn duit tapi telan terus
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pecah amanah
Pecah tabung je
Duit kat tanahair ni semua mmg harta korang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 07:13 AM | Show all posts
apa barang ratus-ratus..alang2 tu jutaan terus. kalau sangkut pun puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Konon kasi nasihat pada mazlina  Statemen bodoh lagi tak logik!

Nie yayasan tu dah diaudit belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini harta ahmad albab yang punyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
siapakah gerangan mejar mazlina ni? teruk betul sheols kena.. kambing hitam sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Entitled sangat masing2 pak menteri ni guna reta negara dan cukai rakyat ibarat harta sendiri. Kenapalah kifarah tak datang2 lagi untuk dorang ni. Tua2 belaka dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ada neraka khas untuk pemimpin2 yang berjoli dgn duit rakyat ni.. puihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.121027 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list