CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Kedah] Enam kontraktor didenda RM50,000

[Copy link]
Post time 24-5-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode

ENAM kontraktor dibawa keluar Mahkamah Sesyen di sini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Enam kontraktor dijatuhi hukuman denda masing-masing RM50,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan tender pembersihan awam pada 2019.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulhilmi Abdul Jabar,43, Mohd Yusrizal Ismail, 43, Muhamad Hairi Md Ismail, 38, Ranzi Halim, 51, Muhammad Amir Che Azib, 36, dan Badaruddin Mohamad, 40.

Kesemua mereka turut berdepan penjara enam bulan sekiranya gagal bayar denda.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun bank syarikat bagi bulan Oktober, November, Disember 2018 dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Mereka didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah&Perlis) di sini antara 1 hingga 22 Januari 2019.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur.

Tertuduh, Zulhilmi, Mohd Yusrizal dan Muhammad Amir diwakili Peguam Intan Nursyafina Baharudin dan tertuduh Muhamad Hairi, Ranzi dan Badaruddin diwakili Peguam Syed Fakhruzzaman Syed Mansor.

Kesemua tertuduh kemudian membayar denda itu di Kompleks Mahkamah Alor Setar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tor-didenda-rm50000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.145169 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list