Tahun lepas dia ramal banjir teruk sikit, dan krisis tepung.. dua2 terjadi dah.
Pakcik dalam bideo bawah ni kata dia ikut data dan pengalaman El Nino lalu. El Nino ni hadir dalam pakej 2 kejadian. sejuk ekstrim bulan 11-12 hujung tahun, panas ekstrim bulan 6-9 tengah tahun seterusnya. Dah terjadi part 1 banjir rare tahun lepas/ awal tahun ni, jadi part 2 kepanasan melampau bakal terjadi sebulan dua lagi dan krisis akan berlaku hingga akhir tahun 2022.
Petunjuk 1
Asia Tengah dan Eropah dilanda sejuk ektrim, jadi monsun timur laut ekstrim juga kena negara2 khatulistiwa.
Petunjuk 2 Banjir teruk 2X melanda selatan India. Sebulan lepas tu melanda Brazil dan Malaysia (Seri Muda haritu), Acheh pun.
Petunjuk 3 Cuaca panas ekstrim melanda utara India. Gandum tak menjadi (Tuaian merosot/ petani tak turun/ ladang terbakar). India ada pengalaman (peristiwa El Nino 2015/16) sebab tu sekat eksport.
Panas teruk biasa datang hujung bulan 7 hingga awal bulan 8, dijangka 40-45 DegreeC (puncak). Tapi sekarang baru mula bulan 5 data tunjuk dah 41 DegreeC jadi India saspek El Nino teruk.
Potensi El Nino kemarau terburuk 2015/16 adalah tinggi pada tahun ini 2022. Kemarau besar dan paras laut meninggi, wap panas akan tersebar sangat luas di Laut Pasifik. Tangkapan nelayan negara latin (Peru, Argentina etc.) berkurang, wap panas ni akan sebabkan tiada hujan jadi kemarau teruk.
Krisis mula bulan 6 2022 (ikut juga rekod El Nino Malaysia 2015/16): Kebakaran hutan, jerebu, wabak (kesan virus gigitan nyamuk 3X ganda lebih teruk di musim panas), krisis bekalan air seminggu tiada air contohnya bakal kena eg: Melaka, N9, Kedah, Klang sebab Jabatan Air utamakan kilang2. Guna duit sekarang beli tangki air lebih besar, simpan duit untuk rawat strok haba, asthma jaga ubatan, denggi malaria taun (bersihkan kawasan, elak minum air sungai ke ape tak terawat, jangan kerap pergi mandi sungai tak bersih) pun. Pelancong tak datang kalau dah panas sangat. Petani muda tak bersedia untuk benda ni tapi makanan ada jangan risau tapi harga makanan nanti bulan 7 bakal melambung 30%-40% lebih tinggi. Bil aircond naik punya. Inflasi maybe naik 3%. Jadi sila beringat, jangan festival sangat tahun ni, bersedia di peringkat rumah sendiri, peringkat perumahan dan aware keadaan bandar (update air etc).
50% beras kita import Vietnam. Kalau Vietnam kena El Nino stop/ catu eksport, teruk kita.
2023 ekonomi Malaysia dijangka jatuh gaung.
Godek2 internet sket, jumpa ni. Amek kaw unjuran dari bulan 6 - 8 (ada lagi carta lain dari 9-11 pun sama panas) tengah2 paling membahang tu kita.
minyak masak sampai rm40 sebotol memang mencanak la berkembang (dari segi transaksi ekonomi), tapi realitinya kita mula membahang panas semua dapat ciput.
Post time 24-5-2022 06:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku jogging pagi2 pun berpeluh2 sb panas yg melampau..pukul 7 pagi pun belum lari lagi dah berpeluh masa jln...pukul 8 lagi kuat bahang dan berpeluh teruk..lepas lari2 anak ( lari syok sendiri slow2) berpeluh teruk satu badan..muka penuh peluh..
biasa pagi keluar jogging jam 6.30
now x larat nk jogging sbb bahang dan terasa panas walau 6.30 am
brisk walk sajalah
duduk lama rumah kipas atas bawa semua pasang pun kasih bahang
nak keluar sangat malas
masuk opis apatah lagi
nk sampai opis tu
melekit2 rasa badan
semalam hujan sekejap
alhamdulillah..sejuk bumi allah
lepas tu panas semula
Post time 24-5-2022 10:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols suka tgk streaming hj zainal ni, dia bkn ramal2, tapi lebih kepada ulas berdasarkan research, bacaan, previous recod. Jenis buat reseach dulu. Perang ukraine, mco, covid, krisis mknan, dia ulas bnyk berdasarkan fakta yg dia cari.
Post time 24-5-2022 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
skrg pun panas berbahang sampai sakit kepala. ambil anak sek berpinau nak keluar rumah. kalau bulan 6-7 dijangka lagi teruk, panas caner lagi la agaknya.
mgu lepas pun dua2 anak iols demam sbb terlalu panas. doc ckp panas dalam smpai dlm tekak ada ulser (iols risau igtkan hfmd)
lepas satu...satu krisis. letih la hidup zaman skrg ni
The first time I dengar pasal typhoon el nino (little boy) el nina (little girl) ni in 2004 ke 2005. Masa tu kena kerja kat Manila for 2 months and masa sampai tengok some places macam kena ribut. Rupanya derang baru lepas kena typhoon el nina seminggu lepas. My expat officemate cerita baru je air and api dapat balik, pokok2 kereta2 yg tergolek2 tu diclearkan kalau tak tak boleh jalan. Tahun tu derang kata typhoon dtg awal sebab pergerakkan bumi dah moved sikit.
Lepas tu baru la ambil tau sikit sebab selama ni tak tau pun ada effect ke Malaysia. Dulu2 elnina ke elnino ni dia lalu phillipines lps tu terus ke vietnam, tapi sekarang due to pergerakkan bumi dia yg dah lari sikit, dia lalu Malaysia sipi2.
Post time 24-5-2022 11:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang panassss. Iols kat Kuching panas wehh. Aircond mmg almost 24H hidup
Tp on dry mode pastu on kipas. Menyedapkan hati supaya konon2 harap bil tak tinggi sgt. Sini sepanjang hari panasssss tp tiba2 petang hujan lebat sgt2. Tp masalahnya bila hujan, dinding2 rumah ni smua ibarat batu tungku yg kena siram air sejuk terus berwap. Wap tu lah buat panas. Huh. So waktu hujan pun kena on aircond. Dry mode.