CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4651|Reply: 48

Memilih, Susah Nak Cari Hero Gandingan- Nabila Razali Berselera Tinggi?

[Copy link]
Post time 23-5-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Bakal membintangi drama bersiri adaptasi dari novel Kerana Cinta Itu Ada, namun, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui penggambaran masih tertangguh disebabkan belum menemui hero yang sesuai.


Menafikan terlalu cerewet dalam memilih gandingan, Nabila berkata, cukuplah sekadar jika aktor yang terpilih bersesuaian dan mampu membawa karakter ditampilkan.


Foto: IG




"Hendak cari hero sahaja satu cabaran, itu belum masuk nak dapatkan lokasi sesuai. Bukanlah bermaksud selera tinggi, tetapi dalam fikiran saya adalah gambaran pelakon lelaki bagaimana yang dimahukan.


"Tetapi, tak adalah sampai nak hero 'meletop'. Cukuplah sekadar bersesuaian dengan karakter Tengku seperti yang digambarkan penulis novel ini," katanya kepada BH Online.




  



Ditanya siapakah pelakon yang ada dalam bayangannya membawakan watak Tengku Aisy Mateen, penyanyi yang baru muncul dengan single Putus ini memberitahu, sosok aktor yang ada dalam fikirannya adalah Shukri Yahya.


"Sejujurnya, memanglah ada beberapa pilihan, tetapi apa yang berjaya menangkap perhatian saya adalah pelakon yang sedang hangat di kaca televisyen, Shukri.




  



"Saya dapat rasakan Shukri mampu memberi impak kepada watak Tengku Aisy Mateen itu.


"Lagipun, kami pernah bergandingan dalam drama. Jadi, saya tiada masalah dari segi mencari keserasian," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, kelmarin.


  



Dilancarkan Mac lalu, novel itu dihasilkan berdasarkan kisah cinta silam pemilik nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali yang tidak kesampaian.


Drama yang menyaksikan Nabila membawakan watak Nabila Aulia itu bakal disiarkan di TV3. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:14 AM | Show all posts
Bedasarkan kisah dia ke? Confuse jap
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm nama watak start dgn Tengku ..Tengku ni .. ala plot 90an la. Buat la citer yg fresh sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 01:48 PM | Show all posts
kenapa dia yg kena pilih pelakon lelaki/hero pulak? dia pengarah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pinggan replied at 27-5-2022 12:38 PM
Hmmm nama watak start dgn Tengku ..Tengku ni .. ala plot 90an la. Buat la citer yg fresh sikit.

Penulis brangan...bgitula..ingat org xda pgkal nama mcmtu org xpandang ka
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
I tengok drama yg dia berlakon dgn SY..kesian SY ...in terms of looks ok sbb dua2 wajah melayu terakhir ...ada manis . ..tapi elok heroin lain... nab bagi org lain lah berlakon watak leading tu
Nab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Still tak boleh hadam how dia blh jadi pelakon utama
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 01:35 PM | Show all posts
winky1 replied at 28-5-2022 01:25 AM
I tengok drama yg dia berlakon dgn SY..kesian SY ...in terms of looks ok sbb dua2 wajah melayu terak ...

SY mana kah? iols tahu SY gandingan dengan KE tu jah? memang muka melayu terakhir lah pokcik SY ni khensss



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya ko pon berlakon tak best. Pehal nak memilih hero pulak, hero tu yg patut pilih heroin lain kalau setakat gini je taraf heroin yg dia boleh dalat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nubook replied at 28-5-2022 09:51 AM
Still tak boleh hadam how dia blh jadi pelakon utama

ramai lagi talent yg i rasa boleh ganti dia tapi nampak macam nama dia je selalu naik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
SY 7 hari...btw KE tu sapa?
Gap sgt lah SY 7 hari dgn nab ni...One more thing nab ni lilit lah tudung tu kut mana pun muka sama tahap tu...wpun tak lah huduh.  I prefer dgn Aydajebat. Nab ni  pi lah balik dgn Alip Sattar because both berlakon sama je lontaran dialog...bagilah watak apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 28-5-2022 02:37 PM
masalahnya ko pon berlakon tak best. Pehal nak memilih hero pulak, hero tu yg patut pilih heroin lai ...

Kamu betul!   Boleh tak director cast org lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau pun berwajah desa tp taste kemain.
Pernah dpt award heroin terbaik ke dik?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss suke jua nab ni berlakon... Okla darii instafemes xde bakatz...
Tp depa ni x bole challenge la pelakon2x senior mcm shukriyahya... Siti saleha... Amyra rosli.. Remy... Depa powerla berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan much!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..90's vibes sgt drama nama tengku.. Tengku Bakri pon org tak panggil tengku. Lepak kat tebing terus jadi Tongki. Reality bites. Tak semua tengku kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukriya muka serupa betul dgn ustaz kazim..
Boleh berlakon jadi kembar seiras
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ambilk redza rosli aka kucing oyen….jgn pilih org cerah cerah ni…
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wait sis tak faham ya. Kenapa pelakon yang pilih sparing partner? Bukan patut producer ke, Director ke, gitu soalan noob I
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 28-5-2022 04:06 PM
Wow..90's vibes sgt drama nama tengku.. Tengku Bakri pon org tak panggil tengku. Lepak kat tebing te ...

Mcm fantasi je drama dia ni.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.191061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list