CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1707|Reply: 21

[Tempatan] Bekalan ayam sudah tiada di pasar pagi, pasar raya

[Copy link]
Post time 22-5-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Bekalan ayam tiada di pasar pagi, pasar raya



Umenjual ayam `pencen' tetapi sambutan kurang berbanding ayam segar di Pasar Pagi Jaya Gading, Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Ketiadaan bekalan ayam buat sahaja meresahkan orang ramai, malah peniaga yang meminta tindakan segera dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu.

Ini kerana ketiadaan atau kekurangan bekalan ayam menyebabkan peniaga terjejas sumber pendapatan, dan pengguna bimbang harga ayam akan meningkat.

Peniaga ayam, Muhammad Amirul Assifa Zam, 23, berkata, kebiasaannya, dia menempah antara 200 hingga 300 ekor untuk dijual setiap hari di gerainya.

Bagaimanapun katanya, sejak dua minggu lalu bekalan ayam semakin berkurangan, dan ada ketikanya dia tidak mendapat bekalan.

"Sebagai contoh, hari ini, saya tidak mendapat bekalan ayam seperti yang ditempah berbanding semalam, hanya 20 ekor ayam diterima.

"Sebagai peniaga, saya meminta masalah kekurangan bekalan yang berlaku ini diharap dapat diselesaikan segera.

"Biarpun turut menjual ikan dan daging tetapi permintaan ayam, tinggi dan menjadi sumber pendapatan saya

"Saya turut menjual ayam 'pencen' tetapi permintaannya kurang berbanding ayam segar yang sememangnya ada setiap hari," katanya ketika ditemui, hari ini.

Tinjauan mendapati disebabkan ketiadaan bekalan ayam, peniaga menambah bekalan ayam `pencen' tetapi sambutannya kurang.

Ini kerana orang ramai lebih kepada ayam segar kerana kebiasaan permintaan ayam `pencen' tinggi ketika musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagi suri rumah, Khalmisah Awaluddin, 66, disebabkan ketiadaan ayam segar, dia memilih ayam `pencen' buat seketika.

"Saya harap masalah ketiadaan ayam segar ini dapat berakhir dalam tempoh terdekat," katanya.

Sementara itu, tinjauan di sebuah pasar raya di sini mendapati tiada ayam segar yang dijual disebabkan ketiadaan bekalan.

Difahamkan, bekalan ayam hanya dapat dijual pada waktu petang tetapi dalam kuantiti yang sedikit berbanding kebiasaan.

Rata-rata pelanggan akan menunggu pada waktu petang untuk mendapatkan ayam biarpun terpaksa beratur panjang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sar-pagi-pasar-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by swimswim at 22-5-2022 02:44 PM

Takpela, byk lagi benda lain boleh makan. Bukannya wajib nk kena makan ayam hari2. Koser lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah bising2, takde ayam pegilah buat ayam sendiri. Ikut je nasihat menteri ayam Umno, nescaya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 04:11 PM | Show all posts
pyropura replied at 22-5-2022 04:08 PM
Apa lah bising2, takde ayam pegilah buat ayam sendiri. Ikut je nasihat menteri ayam Umno, nescaya se ...

tak ada ayam, makanlah cake  hahahaah gilersss

makan lah ikan kembung biase2, tofu, telur if ade, tempe ke sumber protein lain ..

nak buat macam mane... kalau bolehikhtiar beli lah yg ramly mince meat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:56 PM | Show all posts
mujur takda orang sajes suh makan vavi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 06:02 PM | Show all posts
Xkisah pun. Janji de nasi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Petang tdi nk beli ayam habis dah,
Dah menu aku ayam goreng, ikan goreng
Nasib pagi tdi dpt beli ikan nyok2 seekor
Siap ada telur lagi dalam tu, xthu nk masak apa sedap
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dah ada ayam nanti..nak kurangkan masak ayam seketol seketol besar spt kari n gulai...gunakan isi ayam utk buat tomyam
.sup .. padprik...butter chicken...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 22-5-2022 06:07 PM
Petang tdi nk beli ayam habis dah,
Dah menu aku ayam goreng, ikan goreng
Nasib pagi tdi dpt beli i ...

Masak asam pedas la sis
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 22-5-2022 06:07 PM
Petang tdi nk beli ayam habis dah,
Dah menu aku ayam goreng, ikan goreng
Nasib pagi tdi dpt beli i ...

Kari ikan

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 22-5-2022 06:07 PM
Petang tdi nk beli ayam habis dah,
Dah menu aku ayam goreng, ikan goreng
Nasib pagi tdi dpt beli i ...

Ikan nyok2 bukan ke sedap buat kari?
Selalu mmg buat kari la kepala dan ekor dia.
Isi sekeping goreng gaul garam kunyit.
Mmg ngam sangat.
Tapi sedap tak sedap tgk la kari korang masak cemana.
Tak minat kari pucat buh santan lebih tu, iols suka kari ikan ikut resepi babas mmg sedap tak buh santan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 22-5-2022 11:08 PM
bila dah ada ayam nanti..nak kurangkan masak ayam seketol seketol besar spt kari n gulai...gunakan i ...

Kalau buat kari ayam potong kecik pun ok. Iols kalau masak seekor tak mkn abis semua dlm sehari. Sebahagian bekukan nnt hari lain boleh ulang lagi makan.
Bhgn isi selalu potong kecil goreng ngn tepung bistari tu. sama ada buat ala ciken popcorn ratah je gitu atau buat lauk. Cth buat ayam masam manis ke, lemon ke, ayam mangga ke.
Buh dlm tomyam n buat paprik pun boleh juga.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-5-2022 06:37 AM
Kalau buat kari ayam potong kecik pun ok. Iols kalau masak seekor tak mkn abis semua dlm sehari. S ...

Takpun goreng la ayam resepi khairulaming yg perap2 ayam dgn yogurt tuh
Bawang putih tumbuk, halia tumbuk, black pepper tumbuk, gula garam, chilli powder, gaul2 dgn yogurt. Khairulaming boh pewarna merah, acik hentam je serbuk kunyit, tambah jintan manis.
Kang nak goreng kang, tabur la tepung beras nak bagi ayam tu lebih crispy
Ohhhhhh dap dapnyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa budak kecik suka makan ayam ,nugget ..so parents kenalah beli ayam...kenalkan anak2 kepelbagaian makanan ,jgan memilih  selain berjimat dengan Sumber yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau mkn kat kedai Siam pun satu bowl tomyam tu adalah isi ayam 5 ke 6 ketul...nak kena kurangkan kebergantungan kepada ayam..melampau sangat dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:42 AM | Show all posts
takde ayam.. maka telo ayam

kira ada bau2 bacang jugak dgn ayam ...yam yammmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-5-2022 07:39 AM
Takpun goreng la ayam resepi khairulaming yg perap2 ayam dgn yogurt tuh
Bawang putih tumbuk, halia ...

Oh ayam 69 tu ya? Tgk yg khairulaming buat nampak shedap tp iols makan kat kedai nasi daun pisang tak best sgt pun ayam tu maybe tak kena tekak iols kot padahal katanya tu menu top laa org suka makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-5-2022 10:12 AM
Oh ayam 69 tu ya? Tgk yg khairulaming buat nampak shedap tp iols makan kat kedai nasi daun pisang  ...

Takyah la tiru sebijik khairulaming
Acik tambah jintan manis kekadang blend serai ujong2 jadi ayam berempah
Tapi tips dia perap ayam dgn yogurt tuh mmg best la sbb ayam jadi lembut and juicy. Same goes to perap daging dgn yogurt
Tepung beras pulak nak bagi crispy
Rasa mcm malam kang nak masak ayam ni tapi acik dah janji dgn shuben dinner kang acik buat gulai ikan nyog2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-5-2022 06:29 AM
Ikan nyok2 bukan ke sedap buat kari?
Selalu mmg buat kari la kepala dan ekor dia.
Isi sekeping gor ...

Banyak kepala ikan nyok2 dlm freezer aku tu
Kdg org rmh aku buat sup, kadang goreng jak
Dlm seminggu memg akn beli seekor 2-3kilo
Tpi memg akan buat ikan goreng jer aku makan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:48 AM | Show all posts
Bodo...Elok menteri tu di tukar. Di pecat.
Pengeluar Ayam put our nation at ransom. Mentang2 la slps raya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.462456 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list