CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 1

[Kedah] Dahulu berbasikal jual buah, kini miliki 10 lori

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Roslan Abdul Razak, 52, menunjukkan sebahagian buah durian yang dijual di sekitar negeri ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Kuala Muda: Sejak usia kanak-kanak lagi Roslan Abdul Razak, 52, sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan dengan berbasikal seluruh kampung menjaja buah dan kini selepas 40 tahun dia kini memiliki 10 lori menjual buahan ke seluruh negara.

Bapa kepada enam anak itu mula berniaga secara kecil-kecilan sejak berusia tujuh tahun kerana minat mendalam dalam bidang itu selain mahu mencari duit poket sendiri.

"Dahulu apabila melihat bapa kupas nangka, saya akan ambil sebahagian buah itu untuk dijual. Malah apa saja buah yang nampak boleh jual, saya bungkus dan letak dalam bakul basikal, saya akan kayuh basikal dan pergi dari rumah ke rumah di kawasan kampung.

"Panas dan berpeluh memang tak dihiraukan, apabila dapat hasil jualan RM1 atau RM2 rasa sudah cukup seronok, malah setiap hari selepas sekolah saya akan berniaga sehingga kini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tikam Batu.

Roslan atau lebih dikenali sebagai Lan Tikam Batu berkata, dia juga sering mengikut datuk dan bapanya yang sama mencari rezeki dengan berniaga, menjual ikan di tepi jalan pada hari cuti sekolah ketika berusia 10 tahun.

Katanya, akhirnya selepas tamat persekolahan menengah, dia terus memulakan perniagaan menjual durian kampung bermodalkan wang simpanan berjumlah RM200 yang dikumpulnya.

"Sejak daripada itu saya mula jual durian di tepi jalan dan pasar malam sekitar Kuala Muda. Bukan mudah menjadi peniaga durian kerana risikonya tinggi akibat buah cepat rosak, tapi perlahan-lahan saya kembangkan perniagaan sehingga mampu beli 10 lori dan menggaji 20 pekerja.

"Jatuh bangun saya dalam bidang ini tak boleh diungkap dengan kata-kata, saya berniaga bukan memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi mahu berkongsi rezeki bersama orang ramai," katanya yang kini menjual durian sepanjang tahun sekitar Kedah, Kuala Lumpur dan Johor.

Roslan berkata, dia memperoleh pelbagai bekalan durian termasuk duri hitam dan 'musang king' daripada pembekal dari Thailand, Pulau Pinang dan Pahang selain turut menjual isi durian yang dimakan bersama pulut atau cendol.

"Semua durian dijual pada harga bermula RM25 hingga RM39 sekilogram mengikut saiz. Alhamdulillah daripada gerai biasa, saya kini sudah membuka restoran menjual pelbagai produk durian di Tikam Batu.

"Dalam sehari secara purata saya mampu jual sehingga lima tan durian dan pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kami menjual 30 tan durian dalam tempoh 10 hari berikutan kepulangan ramai warga kota ke kampung," katanya.

Ketika ini, dia berhasrat membuka beberapa lagi cawangan restoran pulut durian di beberapa kawasan termasuk di negeri lain secara berperingkat bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kini-miliki-10-lori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Usaha tangga kejayaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057064 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list