View: 2974|Reply: 21
|
Mesra Dengan Wanita Bertudung, Sufian Suhaimi Makan Dengan Siapa Tu?
[Copy link]
|
|
"Saya terharu apabila masih lagi ada orang yang peduli dan mahu mengambil berat mengenai saya."
Demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi mengenai video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan dia bersama seorang wanita bertudung yang dilihat agak mesra.
Menerusi aksi yang dirakam dari jarak jauh itu, ramai mendakwa itu adalah kekasih baharu penyanyi lagu Di Matamu itu, apatah lagi kelihatan Sufian begitu ceria menikmati hidangan makan malam berkenaan.
Foto: IG
Sufian, 30, ketika ditemui berkata, wanita dalam video itu ialah pengurusnya dan kejadian itu berlaku di Pulau Pinang ketika mereka keluar makan bersama selepas menjayakan penggambaran kandungan saluran YouTube.
"Wanita itu adalah pengurus saya di syarikat rakaman Rusa Music. Selepas penggambaran kami pergilah makan. Ia hanyalah situasi normal. Pengurus saya itu juga sudah berkahwin. Suaminya pun memahami sebab dia bukan menguruskan saya saja. Saya pun bukan hanya ada seorang pengurus saja dalam syarikat rakaman itu, tapi ada empat orang pengurus. Kami semua sudah seperti satu keluarga.
"Apabila video itu ditularkan, saya tak marah sebab sebenarnya sudah perasan orang itu sedang merakamkan kami. Cara dia pegang telefon itu juga saya sudah boleh tahu dia merakamkan video. Kemudian dia lalu dan bertanya adakah pengurus saya itu teman wanita saya. Saya tidak salahkan dia. Saya okay saja. Saya berterima kasih kerana masih ramai yang ambil berat mengenai saya," katanya kepada Harian Metro.
Sufian yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM, di sini, menjelaskan, dia sama sekali tidak akan berahsia sekiranya sudah mempunyai kekasih.
"Kalau saya bercinta pun, saya tidak akan sorok. Saya akan melalui fasa itu seperti orang biasa dan juga akan berkongsi dengan orang ramai sekiranya ada.
"Bagaimanapun, saya masih mencari lagi, tapi tidaklah terlalu mencari. Saya hanya 'go with the flow'. Saya juga tak mahu asyik keluar dengan cerita putus cinta saja, nanti orang ramai bosan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sufian bakal muncul dengan lagu era 90-an yang diberi nafas baharu, iaitu Mimpi Yang Tidak Sudah nyanyian asal Ibnor Riza. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Muke dia ni ade akan akan dokto psikitrik yg rawat hakuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal dia ni keluar cerita pasal cinta. Lagu sendu |
|
|
|
|
|
|
|
jadi hensem ker tak ni uoolssss???
|
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 20-5-2022 02:16 PM
jadi hensem ker tak ni uoolssss???
Bg aku takkk.. satu lg masa aku junpaa tuuu... doc aku tu asyik pksa pksa aku.. suh ikut ape yg dia sarankan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif ambik gambar dekat semak gaya camtu?dah rasa abis hensem la tu |
|
|
|
|
|
|
|
aduiilaaa hambar dlm semak dgn baru rimau bintang…buruk dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
Terdengar lagu baru dia kat radio.. Makin teruk ek suara.. Boleh dah kot stop nyanyi cari profession lain. Lagu first dulu idoklah obvious sangat suara tercekik tu. Maaf supian. Ni komen jujurrr
. |
|
|
|
|
|
|
|
bosan sesungguhnya
asal pian jeeee bab gataiii nak nikah
bab gataiii nak nikah jeeee muka pian
memang text book definition sungguh
cepat2 kawennnnn
masuk gua jangan keluar dahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Lahai cara dia berbual tu pun mcm nak tunjuk kat dunia yg itu someone special. Gtu ke cara kau berbual dgn isteri org. Dia ni attention seeker lah. Dia dah tahu org tu nak rakam video, tu lah dia saja buat mcm acah mesra ngan pengurus tu. My dua plo sen lahh |
|
|
|
|
|
|
|
Straya replied at 21-5-2022 02:04 AM
Apa motif ambik gambar dekat semak gaya camtu?dah rasa abis hensem la tu
Terus scrol atas balik bila baca post ni....then Nak tergelak pun ada bila tgk pic tu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 21-5-2022 10:08 AM
bosan sesungguhnya
asal pian jeeee bab gataiii nak nikah
bab gataiii nak nikah jeeee muka pian
Kann...jantan kot..bukannya pompuan yg nak kena tunggu org jantan masuk minang..
Kalau rasa nak kawin Tu..ko pi je pinang pompuan yg ko suka..or minta family ko pinangkan or kawin terus |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 20-5-2022 01:30 PM
Muke dia ni ade akan akan dokto psikitrik yg rawat hakuu..
Siapa Nama doc tu dan hospital mana..nak gi tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dgn mesra normal je kot.. ingat suap bagai |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 21-5-2022 04:43 PM
Siapa Nama doc tu dan hospital mana..nak gi tgk..
Aku leh ckp.. sepital ptrjya.. nama doc pandai pandai cari.. kena saman aku kang |
|
|
|
|
|
|
|
Oh memang betul dia ke ingatkan pelanduk dua serupa. Dengan bini org jaga2 dik, kang jadi macam arwah along sudu atau band rock kapak tu. Sporting tak porting dah berdua gitu sengih2 |
|
|
|
|
|
|
|
makan berdua jah...
kerja tak kerja jarang2 la officemate laki orang ke bini orang ke nak makan berdua |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
[email protected]
Sila, berikan kami maklumat berikut jika berminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hausnya muka dek pian bila dkt phone org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Alalalaa cute je goyang2 kaki gitu..pengurus aka gf letewwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|