CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 7

[Pulau Pinang] Murid maut digilis treler, ibu cedera

[Copy link]
Post time 19-5-2022 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Murid maut digilis treler, ibu cedera

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 19, 2022 @ 8:51pm bhnews@bh.com.my




Gambar media sosial mengenai kemalangan itu yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan manakala ibunya cedera di Jalan Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam - Foto NSTP




BUKIT MERTAJAM: Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis, manakala ibunya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kampung Baru Alma, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga murid Tahun Empat berusia 10 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, motosikal dinaiki dua beranak itu dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.

"Ketika itu, penunggang motosikal (ibu kepada kanak-kanak perempuan) sempat menyelamatkan diri namun pembonceng (anaknya) digilis sebuah lori (treler) yang datang dari arah sama.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat manakala ibunya turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Shafee berkata, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dalam perjalanan dari sekolahnya yang turut mengadakan sambutan Aidilfitri hari ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2022 09:03 PM | Show all posts
@novelloverzz  berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:04 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 19-5-2022 09:03 PM
@novelloverzz  berita ni

mst mak dia trauma
sbb dia sempat selamatkan diri tp terlupa nk selamatkan anak dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2022 09:07 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 19-5-2022 09:04 PM
mst mak dia trauma
sbb dia sempat selamatkan diri tp terlupa nk selamatkan anak dia

kawasan situ mmg byk lori eh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:48 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 19-5-2022 09:07 PM
kawasan situ mmg byk lori eh

situ simpang 4
semua kenderaan lalu
nov lalu hari2 nk pegi dan balik keje
cuma nov laluan straight x de msk smpg
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 12:54 AM | Show all posts
....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2022 11:02 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Semoga si ibu tabah.
Baca kisah ni ngilu2 jadi tulang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:34 PM | Show all posts
dengor cite bapak budak tu ninggal pasal covid, ni anak plak ninggal, semoga ibu tabah hadapi ujian ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.254462 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list