View: 1535|Reply: 18
|
Minum Air Panas, Tak Pernah Tidur Siang- Rahsia Lelaki Pasir Salak Umur Lebih 100 Tahun
[Copy link]
|
|
PASIR SALAK: Seorang lelaki di Pasir Garam Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah dekat sini, dipercayai individu tertua di sini dengan berusia lebih 100 tahun.
Berdasarkan kad pengenalannya, kelahiran Ibrahim Wahid dicatatkan pada 1921, bermakna dia berusia 101 tahun.
Bagaimanapun, kelahirannya dikatakan lewat tiga tahun didaftarkan yang bermakna Ibrahim dilahirkan pada 1918 dan kini berusia sekitar 104 tahun.
 Foto: Utusan
Dalam usianya itu, Ibrahim masih sihat tanpa penyakit serius, mempunyai daya ingatan yang baik, masih boleh melihat dengan baik dan tiada masalah dari segi pendengaran.
Namun, selepas terjatuh di bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang pada Januari lalu, Ibrahim sukar berjalan dan kini terbaring.
Menurut anaknya, Khadijah, 73, kesihatan bapanya masih baik namun terpaksa terbaring disebabkan terjatuh dalam bilik air.
“Walaupun dia baring tapi fikiran bapa masih tajam, boleh tahu siapa yang berada di luar rumah. Matanya dapat melihat dengan jelas dan telinganya masih mampu mendengar dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Khadijah, yang merupakan anak kedua berkata, bapanya mempunyai enam anak dan semuanya masih hidup iaitu Aishah, 76, Ismail, 71, Ishak, 70, Norbiah, 57, dan Azizah, 56.
Menurutnya, ayahnya berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi termasuk hingga ke luar negara dan berjaya dalam pekerjaaan masing-masing.
Khadijah berkata, bapanya menjalani kehidupan sederhana dalam aspek pemakanan terutama sayur kampung.
“Seperti orang dahulu, ayah juga gemar makan ulam, dia tidak tidur pada siang hari, minum air panas, tidur awal dan bangun awal sebelum solat Subuh,” katanya.
Isteri Ibrahim meninggal dunia pada 2018 pada usia 88 tahun.
Sementara itu, Ibrahim bersyukur kerana berpeluang melihat anak-anaknya berjaya.
“Alhamdulillah, saya masih dapat melihat semua anak-anak saya walaupun dalam keadaan berbaring kerana keadaan kesihatan sekarang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (I-Grow), Nordin Abdul Malek yang menziarahi Ibrahim menyatakan rasa bangga atas kesungguhan warga emas itu membesarkan anak-anaknya dan berjaya dalam pelajaran.
“Kesungguhan Ibrahim membesarkan anak-anaknya hingga berjaya wajar dicontohi penduduk di Parlimen Pasir Salak,” katanya. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
demon kalau tak tidor siang lemah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Xnaklah hidup lama sgt....nnt dah tua xde siapa nak jaga, jdnye kenelah minum air sejuk & tido siang kan |
|
|
|
|
|
|
|
KucaiHijau replied at 19-5-2022 06:31 PM
Xnaklah hidup lama sgt....nnt dah tua xde siapa nak jaga, jdnye kenelah minum air sejuk & tido siang ...
hahahha kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gue at 19-5-2022 07:05 PM
KucaiHijau replied at 19-5-2022 06:31 PM
Xnaklah hidup lama sgt....nnt dah tua xde siapa nak jaga, jdnye kenelah minum air sejuk & tido siang ...
Teman pun suka tido siang |
|
|
|
|
|
|
|
KucaiHijau replied at 19-5-2022 06:31 PM
Xnaklah hidup lama sgt....nnt dah tua xde siapa nak jaga, jdnye kenelah minum air sejuk & tido siang ...
Ini lawak ha..ha..betul juga lama sgt hidup.kawan2 pun dah tak ada..mesti sunyi..yg ada generasi baru |
|
|
|
|
|
|
|
gue replied at 19-5-2022 07:03 PM
Ini lawak ha..ha..betul juga lama sgt hidup.kawan2 pun dah tak ada..mesti sunyi..yg ada generasi b ...
sunyi
kau cerita pun takda org paham...generasi baru takleh paham.apa kau cerita
benda2 kau kenal.selama ni..dan selalu guna semua dah takda... |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg pun rasa life is painful and lonely..xpela kot umur panjang2 tak nak lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana dia bertahan xtido siang |
|
|
|
|
|
|
|
gue replied at 19-5-2022 07:03 PM
Ini lawak ha..ha..betul juga lama sgt hidup.kawan2 pun dah tak ada..mesti sunyi..yg ada generasi b ...
Tgk cermin pun xde mood time tu. Hidup ni bukan didesign utk selama-lamanye pun. Baiklah kite hidup sekadarnye....nak tido, tido. Nak makan, makan. Asal x kene sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,stroke yg menyusahkan org dahla. Demam...jatuh sakit...mati normal la tu. Putaran kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak suka tido siang sbb rasa lemau je bila bangun, lain dgn tido malam bangun pagi yg tu rasa segar je |
|
|
|
|
|
|
|
Klau tdur tengah hari okay kan ? Qoilullah rsenya. Tpi bkan tdur lepas sbuh lah. Rse okay skit kpala lps rest tgh hari.
Bgusla atok ni jge ksihatan. Bsenya yg lbih strict jga ksihatan nenek2 iol tgk. Msti jga ksihatan dri muda lagi ni. Heol pun mkn sayur kampung. Sstengah sayur klau mkn kadang rse racun serangga je. Elokla mkn sayur kampung |
|
|
|
|
|
|
|
ai ada kawan cukup menjaga kesihatan. selalu hiking naik gunung sana sini mmg fit. healthy itu ibarat second name dia. tapi dia da arwah dah. meninggal muda.
accident.
soooooo….. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-5-2022 03:56 AM
Bangsa Melayu paling ramai di Malaysia tetapi mereka yang berumur 100 tahun keatas adalah terlalu sedikit iatu hanya seramai 2671.
Indian di Malaysia hanya 2juta++ sahaja tetapi bangsa mereka yang berumur melebihi 100 tahun adalah 2570.
penduduk Malaysia adalah seramai 35juta+- dan mereka yang berumur melebihi 100 tahun adalah seramai 43599.
Ini bancian pada 2015!
KUALA LUMPUR: There are 43,599 Malaysians who are 100-years-old and above. More than three quarters of the centenarians are Chinese, with the Orang Asli community making up the lowest number in the category.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the figures were derived from a census conducted by the National Registration Department. “As of Sept 15 this year, there are a total of 43,599 Malaysians who are more than 100 years old," said Zahid, who is also Home Minister, in a written reply to a question by Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) today.
The Chinese community lead the number of centenarians by a long way, with 36,251 centenarians. The Malay community has 2,671, while the Indian community totals 2,570 centenarians
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-5-2022 03:57 AM
Jadi..Kenapa bangsa melayu yang kononya sentiasa hidup di dalam kesucian itu tidak ramai yang berumur melebihi 100 tahun?
Ada sesiapa yang boleh bagi penerangan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|