CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 3

"Pasti Si Mati Tersenyum,"-Pasang Muzik Kuat, Berparti Atas Tanah Kubur

[Copy link]
Post time 18-5-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Satu rakaman video memaparkan orang ramai sedang berparti ketika menghadiri majlis pengebumian di sebuah tanah perkuburan sehingga tular dalam media sosial.


Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan individu berkumpul di Tanah Perkuburan Witton di Birmingham untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang hanya dikenali sebagai Katty, minggu lalu.


Rakaman video menunjukkan individu yang berkabung mula menari selepas seorang DJ memainkan muzik di tengah tanah perkuburan itu.   





Foto: Daily Mail


           

Lebih 40,000 orang menonton rakaman video diperoleh oleh Birmz Is Grime dalam media sosial itu.


Malah, video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet.


Segelintir warganet memuji cara individu tersebut meluahkan perasaan secara unik, manakala yang lain merasakan mereka tidak sepatutnya menari di atas kubur.   


Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan individu yang berpakaian hitam kelihatan tersenyum dan ketawa sambil menari di sekeliling kubur ketika muzik kuat dimainkan daripada sebuah pembesar suara mudah alih.


Seorang pengguna media sosial berpandangan perbuatan individu berkenaan sebagai meraikan kehidupan.


“Penghormatan terakhir yang sangat indah, sudah pasti mendiang Katty tersenyum.


“Seronok melihat bagaimana individu meraikan kehidupan,” katanya.-CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 06:14 PM | Show all posts
“Seronok melihat bagaimana individu meraikan kehidupan,”


"instead of mourning their death, celebrate their life"

- marshall bruce mathers aka eminem
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:20 AM | Show all posts
kihkih asal bahagialah dekk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:57 AM | Show all posts
takde tempat lain ke nok? ke sbb sewa tempat tu mahal ko pi parti atas kubur tu..silap2 free xdak cas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061125 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list