View: 391|Reply: 2
|
5 Ditangkap Main Mercun Tepi Jalan Untuk Sambut Hari Lahir
[Copy link]
|
|
Menyambut hari kelahiran adalah salah satu cara untuk menghargai seseorang dan ada pelbagai cara untuk menyambutnya.
Kredit foto: TikTok
Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular memaparkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berdekatan plaza tol Setia Alam, Shah Alam.
Difahamkan, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam dan alasan mereka untuk bermain mercun tersebut kerana mahu menyambut hari kelahiran rakan mereka dikenali sebagai "Mustafa".
Berikutan itu, lima lelaki di tempat kejadian telah ditangkap di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
kredit foto: Facebook
Menurut Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, kes ini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni founder kari kepala ikan kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ler tak ada tempat lain nak main betul2 nak tarik perhatian ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|