Penerbit Pencil Pictures And Records, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh tampil bersuara terhadap sikap segelintir artis popular di Insta Storiesnya.
Kredit foto: IG Ayu Puteh
Menerusi hantaran itu, Ayu memuat naik tangkap layar hantaran seorang pengarah filem, Eyra Rahman yang berpendapat kini sudah tiada makna jika “lock” artis awal lebih-lebih lagi jika artis itu di bawah naungan seorang pengurus.
Ayu juga memberikan pendapatnya bahawa artis popular tidak semestinya menjamin produk yang bagus serta menyelar sikap pengurus yang menguruskan artis di bawah naungan mereka yang dikatakan tamak haloba dalam memilih tawaran berlakon.
Sebelum ini, Murai MY melaporkan Ayu Puteh pernah mendedahkan perangan seorang pendatang baru yang rasa hebat dan bangga kerana berani bersuara kepadanya.
Ayu turut mendoakan agar artis tersebut dirahmati dan Tuhan memberikan apa yang pelakon baru itu inginkan dalam hidupnya.
Sumber: Murai |