CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V145'

 Close [Copy link]
Post time 18-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I have a dream...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
TOKOH PENDIDIKANBU ZAIN

Nursafika Amira
January 8, 2018

Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, adalah merupakan seorang tokoh pendidikan tempatan. Beliau lahir pada 22 Januari 1903 dan meninggal dunia pada 2 April 1989.

Ibu Zain dilahirkan di Melaka dan merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Riau, Indonesia. Ibu Zain bertuah kerana bapanya mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya pendidikan, malah telah melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan daripada belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran.

Selepas menghabiskan pelajarannya di Methodist Girls School di Melaka dan diikuti dengan kelulusan Junior Cambridge, Ibu Zain kemudian bekerja dalam bidang pendidikan. Projek pertama beliau adalah dengan membina sebuah sekolah di Negeri Sembilan dengan menggunakan duit beliau sepenuhnya.

Beliau kemudiannya telah berpindah dan menetap di Johor. Di Johor beliau bekerja sebagai penyelia sekolah perempuan bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor  Di sinilah kita dapat lihat Ibu Zain telah berjaya meyakinkan pentadbir kerajaan Johor untuk membina lebih banyak sekolah perempuan.

Beliau juga turut memainkan peranan yang aktif dalam persatuan. Beaiu merupakan di antara individu yang bertanggungjawab bagi menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Melaui kewibawaan yang telah ditonjolkan, beliau telah dilantik sebagai presiden pertama persatuan tersebut.

Selain daripada itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama tempoh 19 tahun.

Pada tahun 1948, Ibu Zain telah berjaya menubuhkan kolejnya sendiri yang bernama Kolej Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru. Kini ianya telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru dan merupakan SMKA yang terbaik di negeri Johor.

Ibu Zain telah mendapat beberapa anugerah tempatan seperti pingat daripada Sultan dan Agong seperti anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri, juga dinobatkan sebagai Tokoh Sastera dan Tokoh Pendidikan.

Beliau juga turut mendapat anugerah luar Negara seperti pingat Lady Of Burma daripada Kerajaan Myanmar.

Betapa Pentingnya Pendidikan bagi Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman.Beliau  lebih dikenali sebagai Ibu Zain adalah seorang ikon yang amat mementingkan pendidikan. Menerusi usaha beliau yang tidak mengenal erti penat lelah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan tahap pendidikan di tanah air kita.

Kolej Ibu Zain (KIZ), Universiti Kebangsaan telah ditubuhkan pada April 1994. Penubuhan kolej kediaman yang ketujuh ini mampu menampung keperluan penginapan sebanyak 400 orang pelajar. Kolej ini dibina di atas Bukit Warisan yang berkonsepkan ala-resort yang mementingkan persekitaran dan lanskap yang hijau dan kondusif untuk suasana pembelajaran.

SUMBER:

-Majalah LABUR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk. Sebaliknya, mereka menggelar diri mereka Tausug yang secara harfiahnya membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan di mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun, bahasa seharian mereka ialah bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Sulu,k malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di Negeri Sabah. Antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulama Arab.

Kaum Suluk atau Tausūg ialah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya iaitu Bahasa Sūg ialah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal daripada rumpun Melayu-Polinesia (Austronesia) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang dituturi mereka adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah daripada bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber daripada Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal daripada beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau Bud Anun yang bererti orang bukit ialah salah satu subetnik orang Dayak yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah di-Islamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha (nenek moyang orang-orang Bajau Yakan) yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Kredit : My Sabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk Seri Dr. Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor atau lebih dikenali sebagai Dr.Burhanuddin Al-Hilmi(lahir 1911, Kota Bharu,Perak - meninggal 25 Oktober 1969, Taiping,Perak)..Antara tokoh melayu yang mempunyai pelbagai pandangan kontraversi dalam masyarakat pada zamanya.Dalam buku teks sejarah sekolah,nama beliau tercatat sebagai antara tokoh melayu yang berhaluan kiri...Siapa Burhanuddin Al-Helmi sebenarnya?? Adakah benar tokoh ini adalah seorang  berfikiran radikal yang berhaluan kiri dalam perjuangan beliau serta perosak pegangan Ahlul Sunah Wal Jamaah(ASWAJA)?? Apa pandangan anda tentang Dr.Burhanuddin Al-Hilmi ini jom kongsi dan bincangkan..Saya mohon dalam perbicangan ini kita jangan menyentuh hal berkaitan politik yang keterlaluan,terutamanya isu-isu politik semasa hari ini..kerana yang kita bincangkan adalah hal masa yang lalu.Tetapi saya tidak menyekat anda untuk mengaitkan nama2 tokoh politik,ulama2,tokoh2 negara masa lalu dan parti politik dalam perbincangan ini,cuma peringatan dari saya ketepikan sentiman parti politik dalam perbincangan ini..☺

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:14 PM | Show all posts
Sambil mengeteh air kopi,layan lagu kumpulan wings,search,left-handed,spring,ekamatra,spoon,scoin Dan newboys
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:15 PM | Show all posts
Sambil mengeteh air kopi,layan lagu kumpulan wings,search,left-handed,spring,ekamatra,spoon,scoin Dan newboys
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 10:34 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:35 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 10:36 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy
tu la mira. klu ramai2 zura jd rimas. tu yg lg baik pilih tido tmpt lain.
ya betul la tu

sama dgn mira,kita nk selesa walau dimana kta berada kan

juga x nak menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:37 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy
zura pasang wifi masa anak nk spm. ada kelas online. + amik tuisyen online.
klu pakai data mmg tak cukup.
sama la mira jugak

lepas tu amik yg power sikit

pasal semua nk guna kan

x de la slow sgt wifi tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:37 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy
selasa puasa. esok rabu tak . ada hal.
alhamdullillah,

moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:38 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 11:08 AM
@amiraira  @chit_ana @Mawarkemboja @ghalibboy
owh ada majlis. tahniah mira dan family abg mira.
alhamdullillah terima kasih zura

semua dh selesai pn

tunggu hari nikah je nnti

in sya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:24 PM | Show all posts
alhamdulillah. semoga dipermudahkan semuanya. aamiin.
insyaAllah..klu jd nnt nov update
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:25 PM | Show all posts
semoga tak berjerebu thn ni.
setakat ni x nmpk jerebu lg
panas blk mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:26 PM | Show all posts
pelanggan masih belum biasa dan tak kenal lg agaknya.
td nov lalu ade lg org duk jual lemangnov x reti mkn lemang ngan serunding



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 11:32 PM | Show all posts
ya lah agaknya. mgkn asben kaka tak tau ada yg free waived.
tau rsnya
tp setiap bank offer benefit berlainan


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:32 PM | Show all posts

dapat masuk syurga bersama insan tersayang..... Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:32 PM | Show all posts
m kita. senegeri dgn ciksu. keta yg terbakar tu keta bmw 3 series. keta 2nd. baru beli dlm beberapa bln.
la M ke?
mcm ade mslh dgn keberkatan rezeki je
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:33 PM | Show all posts
2 jenis tepung dia bancuh. ada masukkan serbuk kunyit sekali. air kapur pun.
oo 2 jns tepung
kira resepi lain sikit la ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.484083 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list