CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3267|Reply: 45

Kes Rasuah Bung Moktar, Zizie Izette Ditutup

[Copy link]
Post time 18-5-2022 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya semalam selepas memanggil 30 saksi.


Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob demikian selepas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsharil Saharom, 37, iaitu saksi pendakwaan ke-30 selesai memberi keterangan.




Kredit foto: The Malaysian Insight




Rozina memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 17 Jun ini.


Beliau juga menetapkan 24 Jun untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan, sebelum memutuskan sama ada pasangan suami isteri itu dibebaskan atau diperintahkan untuk membela diri, atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.


Law turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa, lapan saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan antaranya Pegawai Felcra Mariah Husain, Ahli Lembaga Pengarah Felcra Ismail Kasim, kerani Public Bank Cawangan Taman Melawati Nor Azreen Rosli dan Pegawai Forensik SPRM Badri Azni.


Namun, Kumaraendran berkata, pihaknya tidak memerlukan saksi-saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan pada masa ini dan mahkamah memutuskan kesemua saksi yang ditawarkan tidak diperlukan kedua-dua peguam itu.


Perbicaraan kes itu bermula 2 Januari 2020 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra Adnan Yusof, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra Dr Habibah Suleiman serta dua ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar.




Kredit foto: The Malaysian Insight




Terdahulu, Norsharil dan dua lagi penolong penguasa SPRM iaitu Hazlina Rahmat, 41, dan Saiful Amir Hamzah, 33, memberitahu mahkamah bahawa dua ejen pelaburan, Madhi dan Norhaili tidak pernah diugut, dipaksa atau dijanjikan supaya memberi keterangan untuk mengenakan Bung Moktar dan isteri semasa rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 2016 dan 2018.


Hazlina iaitu saksi pendakwaan ke-28 berkata, Norhaili berada dalam keadaan sangat baik, sihat, peramah dan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya termasuk diugut, semasa rakaman percakapannya diambil pada 2016.


Menjawab soalan Law, saksi itu berkata, Norhaili dibenarkan makan, minum dan berehat sepanjang rakaman percakapannya diambil, selain beliau yang menemani saksi itu solat di surau.


Saiful Amir yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata, keadaan bilik rakaman percakapan Norhaili pada 2018 adalah selesa, yang mempunyai dua kerusi untuk saksi dan pegawai perakam selain menafikan saksi itu pernah diugut dan dipaksa untuk memberi keterangan.


"Bilik itu tiada tingkap tetapi bercermin kaca dan mempunyai satu pintu sahaja. Saya merekod keterangan Norhaili di bilik itu kerana mengikut arahan Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu dan beliau faham setiap soalan yang ditanya," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Law.


Sementara itu, Norsharil pula memberitahu mahkamah bahawa hanya beliau seorang sahaja yang merakam percakapan Madhi di bilik tersebut, dan tiada ugutan atau paksaan supaya ejen pelaburan itu memberi jawapan mengikut kehendaknya.


Ditanya Mohd Sophian adakah Madhi berada dalam ketakutan dan gelisah semasa rakaman percakapan diambil, Norsharil menjawab: Tidak ada sama sekali malah saksi itu dibenarkan untuk solat serta keluar masuk dari bilik rakaman percakapan itu.


Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.


Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 09:45 AM | Show all posts
sial punya kaya raya depa songlap. lepas tu control damage imej baik, lembut, sopan, adil & bahagia dengan madu, baik dengan maid.... sial betul penyamun macam ni... patutlah sanggup hadap orang tua macam tu... tunggu masa laki kiok je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dapat balasan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:51 AM | Show all posts
Puak2 sebegini tunggu cash jah oleh tuhan, baru tau langit tinggi rendah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Huntonglahhhh...di dunia aman2 kaya raya nanti mati disanjung2 pulak. . pemimpin masyarakat katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakitnya hati..dunia ni sangat tak adil ya
Yang kaya bertambah kaya
Yang miskin terus susah
Dia bukan guna duit sendiri pun untuk invest
Duit rakyat. Patutnya komisyen dapat kat rakyat lah vodo. Pelahap sorang2 tunggu la perut mu Meletop buncit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 10:19 AM | Show all posts
tau dh resultnye..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:24 AM | Show all posts
Ni kira referral fee kan.

Best giler dpt referral fee sbb bawa suami yg pegang pengerusi FELCRA BHD melabur....

giler lah conflict of interest.....

Mmg Felcra xder commitee sendiri utk cari peluang investment ke sampai nk melabur dlm Public Mutual pun nk kena referral?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi penerima rasuah terlepas begitu sahaja
Hanya di Malayzia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:36 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 18-5-2022 10:37 AM

mcm negara2 negro dah kita ni...sebab tu kita lihat sekarang ni ramai scammer berleluasa, penipuan sana sini, brg2 tak berkualiti di jual, etc...sebab kerajaan dan penguatkuasaan melayu lemah...bangsa melayu mudah di sogok dan di beri secebis daging babi utk di makan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cash lah utk semua yang terlibat dgn bung ni. Apa nak jadi malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:47 AM | Show all posts
Hidup BN !!!!!!! janji melayu isele....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:48 AM | Show all posts
wow senangnya hidup dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:51 AM | Show all posts
ditutup sbb dah panggil semua saksi kan?? so now hakim tetapkan date 24 jun utk tau result kes samada perlu bela diri or bebas.. so harap terciduk laa dorang ni. dah songlap juta2 aman2 je ke sana sini tanpa rasa bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:52 AM | Show all posts
cilaka betul...apa punya jenis undang2 la ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:55 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 18-5-2022 09:45 AM
sial punya kaya raya depa songlap. lepas tu control damage imej baik, lembut, sopan, adil & bahagia  ...

acik bod gosip suka puji deyols anak beranak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 11:00 AM | Show all posts


iols haritu dengar seorang 'warlord' umno gebang yg next ellection yg kertu2 x perlu sambung lg. nak kemuka muka2 baru mcm PRN .. kita tgkla mcmana ya...

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:10 AM | Show all posts
keh keh keh

wa tara faham kenapa lu orang semua marah dan sakit hati...
ianya rasuah....untuk felcra melabur pada public mutual...
yang rugi adalah public mutual..bukan lu orang pun...
adakah felcra rugi? tak pun...
yang untung masih lagi felcra....
dan of course itu laki bini kerana dapat duit dari public mutual...

jadi apa kena mengena dengan lu orang plak ni? atau rakyat?
itu laki bini makan duit haram pun lu orang sakit hati?
patut lu orang kesian, kerana keturunan mereka akan jadi busuk dan buruk sudah....
kerana makan barang tiada keberkatan....

jadi....kenapa lu orang sakit hati ya?
wa seyum simpul je tengok ini kes....sambil kesian sikit2 la....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:31 AM | Show all posts
Ha ha ha... tu pasal lah orang cerdik ni kaya, orang bodoh kekal miskin sambil maki orang kaya 'bodoh'
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:50 AM | Show all posts
klu  bn memerintah ape nak pelik... hadap je la kan, rasuah tu kan halal. pas lg la...terus jdi tikus mondok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090191 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list