CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 2

'Biar Mereka Kenal Dulu' - Nourul Bakal Berbesan Dengan Maria Farida?

  [Copy link]
Post time 18-5-2022 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Nourul Depp memuji keperibadian anak lelaki Datin Seri Maria Farida iaitu Mizan Ashley yang menyuarakan hasrat untuk berkawan secara serius dengan anak perempuannya, Ayu Nazirah.


Nourul bagaimana pun menjelaskan belum ada sebarang perbincangan untuk ke fasa seterusnya berhubung percintaan anaknya itu.




Kredit foto: IG Maria Farida




Malah, Nourul turut memohon agar netizen memberi ruang dan masa buat anaknya dan Mizan memandangkan mereka baru saja berkenalan.


"Ayu dan Mizan baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu. Apa yang Allah takdirkan, Insya-Allah kami terima. Doakan yang terbaik saja.


"Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab baru lagi dan biarlah mereka mengenali hati budi satu sama lain dulu. Biar mereka kenal dahulu bagi mencari keserasian, kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira.


"Mizan adalah seorang budak lelaki yang sangat baik. Buat masa ini, belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang datang kepada saya menyuarakan hasrat serius berkawan dengan anak saya," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Nourul memuat naik gambar anaknya bersama Mizan sempena ulang tahun anak teruna kepada Maria Farida itu.


Malah, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya teruja keluarga penyanyi itu dengan Maria bakal bersatu.


Lebih menarik apabila Maria meninggalkan komen yang seakan-akan berbesar hati untuk berbesan dengan Nourul.








"Selepas memuat naik gambar Ayu dan Mizan, berderu-deru komen yang ditinggalkan oleh netizen dan rakan-rakan. Saya sendiri tidak menyangka kak Maria meninggalkan komen menyebut mengenai ibu mentua (Mother In Law).


"Kami berdua memang gembira mereka berjumpa dan berkawan. Kami juga turut meluangkan masa bersama-sama dan berlapang dada sekiranya ada jodoh panjang untuk berbesan.


"Ayu dan Mizan kebetulan kedua-duanya anak sulung, jadi perhatian dan kasih sayang yang diberikan itu lebih," katanya.


Untuk rekod, Ayu merupakan anak sulung Nourul dengan bekas suaminya yang juga seorang komposer terkenal iaitu Ajai.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 08:15 AM | Show all posts
Booooo, berita basi wartawan cari baru bukak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:25 AM | Show all posts
dah ada la thread nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.583576 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list