Selebriti antarabangsa, Victoria Beckham yang berusia 48 tahun cukup terkenal dengan cita rasanya dalam berfesyen.
Memiliki badan langsing, ramai individu terutama kalangan wanita mengidamkan untuk memiliki saiz badan sama seperti wanita berkenaan.
Bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama majalah Grazia, Victoria berkata bahawa definisi cantik bagi setiap individu tidak lagi sama. Malah, 'trend' untuk memiliki tubuh kurus sudahpun berlalu dan ramai yang inginkan bentuk badan yang berisi.
"Ingin menjadi sangat kurus itu adalah sikap kuno. Wanita zaman sekarang ini memiliki tubuh berlekuk iaitu payudara dan punggung," katanya.
Isteri kepada bintang bola sepak David Beckham itu berkata, dia menyedari perubahan keinginan kebanyakan wanita pada zaman ini berbeza apabila menghabiskan masa bekerja di Florida Selatan ketika pandemik menyerang dunia.
"Di Miami, ada ramai wanita yang bangga dengan penampilan tubuh mereka. Mereka inginkan bentuk tubuh berlekuk dan tidak terlalu kurus. Mereka kelihatan hebat.
"Ini bukan mengenai ukuran badan tetapi mengenai siapa kamu dan kamu bahagia dengan diri sendiri," katanya yang turut mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven, 11, dengan kebebasan memiliki bentuk tubuh yang disukainya. - CARI
|