CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 16

Jelek, Golongan Kaya Sengaja Tak Nak Bayar Sewa! Tinggal Percuma Di Rumah PPR Lebih 10 Tahun

[Copy link]
Post time 17-5-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Langsung tiada perasaan malu atau bersalah apabila tinggal 'percuma' di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama lebih sedekad tanpa mahu membayar sewa bulanan.


Lebih aneh apabila golongan berkemampuan ini adalah dalam kalangan mereka yang bekerjaya tetap, bergaji empat angka dan memiliki kenderaan mewah.


Namun ramai mereka disifatkan golongan 'liat' dan sengaja culas membayar sewa bulanan rumah didiami bersama keluarga hingga jumlahnya mencecah RM50 juta.


Itu antara perangai buruk majoriti penghuni 'bermasalah' PPR dan PA milik DBKL.




Foto: Harian Metro




Agak mengejutkan apabila ada penghuni yang sengaja tidak mahu membayar sewa bulanan hingga menjangkau tempoh 12 tahun.


Sikap ini dianggap menjelekkan berikutan kadar sewa dikenakan DBKL hanyalah serendah RM124 hingga RM240 sebulan.


Jurucakap DBKL berkata, pelbagai alasan diberikan golongan penyewa ini yang didapati sengaja tidak mahu membayar sewa bulanan ditetapkan DBKL.


Menurutnya, alasan kekangan kewangan dan pandemik Covid-19 sukar diterima pakai sepenuhnya berikutan ada penyewa ini tidak membayar sewa sebelum Covid-19 melanda dunia lagi.


"Melalui semakan rekod akaun, penyewa bermasalah ini gagal membayar tunggakan sewa bulanan antara lapan hingga 12 tahun sejak menghuni PPR berkenaan.


"Walaupun menyedari masalah berlarutan ini, DBKL masih mengambil sikap diplomasi dan berusaha memastikan penyewa menunaikan tanggungjawab," katanya.


Terbaru DBKL mengadakan Program Turun Padang untuk bersemuka penyewa bermasalah yang mempunyai tunggakan sewa tinggi .


"Julat tunggakan penyewa yang dipanggil untuk sesi bersemuka ini adalah antara RM9,325 dan RM46,742.90 yang tertunggak antara tempoh lapan tahun hingga 12 tahun.


"rogram dilakukan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL melalui Program Turun Padang Sesi Bersemuka bersama beberapa penyewa 'bermasalah' di PPR Kerinchi, Lembah Pantai di sini, Selasa lalu.


Program ini disertai Pengarah JPKKB, Ismadi Sakirin bagi bertemu penyewa yang mempunyai tunggakan sewa terlalu tinggi.


"Tujuan program ini diadakan salah satu inisiatif memujuk penyewa untuk menjelaskan tunggakan sewa. Langkah ini turut bermatlamat menyampaikan peringatan berhubung tanggungjawab sebagai penyewa untuk menjelaskan bayaran sewa setiap bulan.


"Ia juga dilakukan bagi memaklumkan tindakan akan dikenakan sekiranya gagal membayar sewa selain memberi kesedaran supaya penyewa menghargai kemudahan tempat tinggal yang diberikan kadar sewa paling rendah," katanya.


Menurutnya, lawatan turut dilakukan ke unit kediaman penyewa yang gagal menghadiri sesi bersemuka dianjurkan itu.


"rogram seumpama itu akan diteruskan dari masa ke semasa di kawasan Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi menjejaki penyewa yang culas menjelaskan bayaran sewa dengan tunggakan yang tinggi.


"endekatan ini adalah bagi mengenalpasti punca kegagalan mereka melunaskan bayaran sewa bulanan," katanya.


Menurutnya, sikap begini seharusnya ditangani berikutan ramai individu di luar sana yang memohon dan menunggu tawaran PPR.


Kurang 50 peratus penyewa komited bayar sewa bulanan


Angka mengejutkan kurang 50 peratus atau hanya 17,000 daripada 38,000 penyewa di 65 kediaman Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited membayar sewa bulanan mengikut jadual ditetapkan.


Manakala, baki 21,000 penyewa lagi mempunyai tunggakan sewa 17 peratus pada kadar tunggakan lebih RM10,000, 60 peratus pada kadar tunggakan RM1,000 hingga RM10,000 manakala baki 23 peratus mempunyai kurang RM1,000.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pihaknya mempunyai pelan pemulihan bagi isu tunggakan sewa.


Katanya, pasukan khas diwujudkan bagi mengenal pasti unit rumah yang mempunyai banyak tunggakan sewa malah turut mengadakan sesi bersemuka bersama penyewa terbabit atau mengunjungi kediaman mereka bagi mendapatkan maklumat berkaitan punca tidak membayar sewa serta memberi peringatan dan kesedaran tanggungjawab menjelaskannya.


Bagaimanapun Mahadi berkata, DBKL cuba bertolak ansur malah tidak menghalau penyewa terbabit secara drastik kerana enggan mereka kehilangan tempat berteduh.


"Berdasarkan rekod, jumlah tunggakan sewa di PA/PPR DBKL pada tahun 2018 berjumlah RM58.5 juta, 2019 berjumlah RM48.6 juta dan terus menurun pada berjumlah RM46.6 juta tahun 2020 dan RM47.6 juta tahun lalu.


"Tunggakan sewa meningkat semula sebanyak empat peratus pada suku pertama tahun ini dengan jumlah RM50.7 juta.


"DBKL meraih kutipan hasil bayaran sewa sebanyak RM66.5 juta pada tahun 2018 dan RM61.6 juta pada tahun 2019.


"Hasil kutipan sewa menurun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kutipan RM19 juta pada tahun 2020, RM31.6 juta pada tahun 2021 dan RM10.9 juta pada suku pertama tahun ini," katanya.


Menurut Mahadi, pihaknya tidak menafikan pelaksanaan PKP akibat Covid-19 menyebabkan segelintir penyewa terkesan dan mengalami masalah kewangan susulan pendapatan terjejas namun ada juga tidak membayar sewa kerana sikap sendiri.


"DBKL juga cuba menjalin kerjasama dengan agensi lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu penyewa yang tidak mampu melangsaikan sewa rumah.


"Alternatif lain dilakukan DBKL bagi meningkatkan kesedaran penyewa adalah dengan mengaktifkan mekanisme pembaharuan perjanjian kontrak sewa rumah untuk dua tahun dan ia berkesan kerana ada yang tampil melangsaikan tunggakan sewa mereka.


"Bancian unit rumah turut dijalankan bagi mengenal pasti penyewa bermasalah, cuma kami tidak berkompromi dengan penyewa yang menyewakan unit rumah kepada orang lain, warga asing atau melakukan perbuatan jenayah atau pengambilan dadah dengan membatalkan peruntukan unit rumah mereka," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 04:30 PM | Show all posts
apply pun guna kabel kan..
kau pikir dorang takut kalau tak bayar sewa bertahun..
bukan kena halau pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:34 PM | Show all posts
bongkar lg....sepe yg ade kete sekurangnye 3 bijik 1 rumah suruh keluar dr kotak parkir area ppr...menyusahkan org je...satu rumah sampai 3 4 bijik kete...ape guna kerajaan buat lrt kalu satu anak ade sebijik kete...kete mampu beli rumah yg lebih penting tak nak beli lak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 04:37 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah berpuluh tahun dah tetap masaalah tak pernah selesai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je dbkl ni. Apalagi tak cukup tah. Dah lah gadai tanah bg kat pemaju. Dah buat projek parking bertingkat kena bayar pon tak cukup lagi ke lepas dah gadai tanah kosong yg ada kat ppr tu. Mmg lah sewa dah menurun sbb ramai dah pon beli rumah ppr tu dah jadi hak milik sendiri. Dorg ni mabuk ke benda mcm ni pon tak tahu. Patut lah org lain yg dah kat 20 tahun menyewa nak beli rumah ppr baru ni tak boleh rupanya sbb nak duit. Padanlah org tak nak patk kat parking bertingkat tu, rasakan sbb tamak sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-5-2022 04:37 PM
Bukan benda baru pun dah berpuluh tahun dah tetap masaalah tak pernah selesai

Baru nk ckp yg sama.....puak2 ni ada org dlm, laki bini m40, kereta 2@biji, asteruk full package tp sanggup hadap duk pprt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bagi tempoh maximum 3 tahun je boleh dok rumah pprt lepas tu pi Cari rumah lain..bagi peluang kat orang lain pulak dapat nikmat sewa rendah. Senang 2 kereta berderet,DBKL kena subsidi hidup kau
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmne lepas beli kereta mewah tu, blacklist je dlm rekod ctos ke yg bank boleh tgk. supaya x dpt pinjaman apa2 in future. menyampah set2 gini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap2 jer flat terus bagik kroni berpuluh unit. Bongok punya BN
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:00 PM | Show all posts
aper susah...dbkl simbah cat je kt pintu rumah.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lebih aneh lagi penguatkuasaan macam tak wujud
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 12 tahun, bagi je dorang duduk sampai 12 keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yunho replied at 17-5-2022 04:34 PM
bongkar lg....sepe yg ade kete sekurangnye 3 bijik 1 rumah suruh keluar dr kotak parkir area ppr...m ...

Eloknya lebih dari sebijik, sila keluar dari ppr. Ramai lg nk guna fasilitis dkt dgn public transport tu. Masalahnya penguatkuasaan lemah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa diorang berani smp mcm tu?? Sebabbb, diorang tau, DBKL takde tulur. Ckp je lebey. Action takde. Dah berpuluh2 ribu diorang utang, baru sedor?? Sudahlaaa. Wayang semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:28 AM | Show all posts
isu ni bukan dbkl je lah.  sprm kena angkut dua tiga ekor dari setiap projek. seluruh negara. jadikan contoh akibat sekau hak orang miskin.  dakwa menipu dan mengemukakan SD palsu.  sumbat penjara 2 tahun.  nescaya penipu semua akan lebih takut...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:46 AM | Show all posts
dbkl takat "aku dh bg kemudahan, cukup la..nk bayar ke tak lantak laaa...."

patutnya bagi warning, kalau tak bayar warning ke 3, sita rumah...

yg tak bayar ribu ribu tu campak je kt jalan, berlambak lagi orang nakkan rumah PA/PPR tu...



patut buat jer peraturan, tak bayar 3 bulan tanpa sebab kukuh, sita...tak jaga kebersihan rumah, denda dan sita.. .baru menggelupur puak2 ni jaga rumah tu elok2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 09:24 AM | Show all posts
Pehh sedap weh, dapat umah siap tak bayar lagi. Dah tu booking parking lagi. Penguatkuasaan agak kurang jugak nih. Kena keras sikit, bincang2 sikit bagi polis boleh masuk kalau keadaan perlu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.094222 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list