Gara-gara mahu mengikat hubungan dengan teman lelakinya, seorang wanita di California, Amerika Syarikat sanggup menculik bayi.
Yesenia Guadalupe Ramirez, 43, melakukan jenayah berkenaan semata-mata mahu meyakinkan teman lelakinya, Francisco Marquez yang bayi berusia tiga bulan diculiknya itu anak kandung mereka.
 Yesenia Guadalupe Ramirez
Ramirez dilaporkan menipu Francisco tentang kehamilannya sebelum mengambil Brandon Cuellar dari ibunya, Carolina Ayala, kononnya untuk membelinya hadiah.
Ramirez berkawan dengan Ayala selepas bertemu dengannya di sebuah gereja, namun wanita itu tidak curiga dengan Ramirez yang berniat menculik bayinya untuk kepentingan sendiri.
Taktik Ramirez terbongkar selepas Marquez melihat kes kehilangan Brandon dalam berita.
Katanya, dia menghubungi polis dengan mengakui bayi itu bukan anaknya dan teman wanitanya itu.
"Saya fikir dia anak saya. Saya terkejut dan tidak percaya... Saya memeluknya, saya tidur dengannya dan kami menjaganya bersama-sama," katanya kepada Noticias Univision 14.
Marquez mengakui dia mahu membina keluarga dengan Ramirez, namun pendiriannya berubah apabila mengetahui bayi itu bukan anaknya.
Sumber: Harian Metro |