CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

Sensasi Di Media Sosial Kerana Juling

[Copy link]
Post time 17-5-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Remaja berusia 18 tahun yang hilang 80 peratus penglihatan di bahagian mata kirinya disebabkan masalah juling, tampil mendedahkan bagaimana dia menjadi sensasi media sosial.


Elley Davies dari Pembrokeshire, Wales menganggap mata juling dimilikinya memberi kelebihan kepadanya sehingga berjaya memperoleh 226,000 peminat di TikTok selepas berkongsi video tutorial solekan.


Lapor Daily Mail, Davies pada mulanya mengalami juling atau nama saintifiknya, strabismus pada usia empat tahun.




Kredit foto: IG Davies




Namun, keadaan juling itu lebih menonjol selama beberapa tahun selepas dia enggan memakai cermin mata.


Kini, mata kiri Davies hanya mempunyai 20 peratus penglihatan sehingga dia lebih banyak menggunakan mata kanannya.


Disebalik kekangan tersebut, pelajar terapi kecantikan itu mempunyai lebih 221,000 pengikut di akaun TikTok, @mselleymay.


Malah, rakaman video yang dimuat naik di aplikasi tersebut mendapat lebih 4.9 juta tanda suka disebabkan penampilan solekan Davies yang tampak lebih berseri dan penuh keyakinan.


“Saya tidak menjangka akan mempunyai ramai pengikut di media sosial selepas menyiarkan video melakukan tutorial solekan.


“Rakaman video itu dengan cepat mendapat ribuan tontonan sekali gus mempunyai ramai pengikut di platform tersebut.


“Malah, tutorial solekan saya turut menarik perhatian beberapa personaliti terkenal termasuk Tana Mongeau,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057893 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list