CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kedah] 61 kilang beras dipantau elak hasil benih padi tak sah

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Abdul Rahman (kiri) menyantuni tetamu pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Kedah di Shahab Perdana, Alor Setar.

ALOR SETAR - Pejabat Kawal Selia Padi Beras Kedah memantau 61 kilang beras di seluruh negeri ini bagi mengelak terlibat menghasilkan padi tidak sah.

Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kedah, Abdul Rahman Tajudin berkata, pemantauan dipergiat dari semasa ke semasa agar pengilang sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, penjualan benih tidak sah kepada petani bakal memberikan risiko kerana kualitinya tidak disahkan dan penghasilan pula tidak melalui beberapa proses seperti tapisan yang disahkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Hasil pemantauan pada musim ini, penjualan benih padi tidak sah tidak lagi dibuat secara terbuka di kedai-kedai input pertanian seperti musim lepas selepas kami kerap turun padang.

"Namun kita tahu, penjualan di pasaran gelap masih lagi berjalan.

"Kini kita giat melakukan pemantauan di kilang-kilang beras untuk mengatasi isu penghasilan padi tidak sah selepas timbul dakwaan menyatakan terdapat kilang beras terlibat melakukan kegiatan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Kedah di Shahab Perdana, Alor Setar pada Isnin.

Mengulas lanjut, walau bagaimanapun sehingga kini pihaknya belum menemui bukti atau tangkapan dilakukan terhadap pengilang beras.


Beliau menegaskan, jika tangkapan dibuat tindakan tegas boleh diambil termasuk penarikan subsidi selain berdepan pendakwaan di mahkamah.

"Terdapat dakwaan mengatakan kilang beras terlibat dengan kegiatan sedemikian. Kita tidak memandang ringan perkara ini kerana mereka memiliki segala kemudahan.

"Petani biasa mungkin tak mampu hasilkan benih padi tidak sah ini dalam kuantiti banyak sebab masing-masing tiada kemudahan.

"Tetapi di kilang, mereka ada segalanya untuk proses mengayak, mengeringkan hinggalah pembungkusan," ujarnya.

Tambahnya, pemantauan turut dilakukan pada waktu malam kerana bimbang pengilang beras akan menjalankan operasi di luar waktu kerja bagi tujuan berkenaan.

Sebagai rekod, Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Kedah telah merampas lebih 6.7 tan benih padi tidak sah pada 2021 bernilai RM8,100.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -benih-padi-tak-sah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.108220 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list