CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Perlis] Merokok di restoran, 7 dikompaun

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

JKN Perlis mengeluarkan kompaun kepada perokok yang melanggar peraturan ditetapkan. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Masyarakat diingatkan tidak sesekali menyalahgunakan ruang awam tiada pendingin hawa di restoran atau kedai makan sebagai tempat merokok.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Kesihatan Awam), Dr Ghazali Chik berkata, pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis di lokasi tumpuan orang ramai menjamu selera di sekitar kawasan Bintong, di sini mendapati kesedaran terhadap pematuhan larangan merokok di tempat awam masih rendah.

Menurutnya, mereka tanpa segan silu masih terus menghisap rokok dalam premis makanan berkenaan meskipun terdapat papan tanda larangan merokok.

"Mungkin dalam kalangan mereka beranggapan larangan merokok di tempat awam seperti premis makanan sudah tidak dikuatkuasakan lagi walhal ia masih berterusan sehingga hari ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok di Tempat Awam atau Ops Lebaran Bebas Asap Rokok di Persiaran Makanan Bintong, Teluk Kachang, Bintong, di sini semalam.

Katanya, dari Januari hingga April tahun ini, sebanyak 24 operasi dilaksanakan pihaknya membabitkan pemeriksaan terhadap 362 premis terutamanya premis makanan di seluruh Perlis.

"Daripada jumlah itu juga, sebanyak 82 Notis 32B atau notis kompaun dikeluarkan oleh kita kepada individu yang didapati bersalah melanggar Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan sewenang-wenangnya merokok di tempat awam yang sudah digazetkan sebagai kawasan larangan.

"Kita akan terus melaksanakan operasi seperti ini demi menjaga kesihatan masyarakat khususnya mereka yang berkunjung ke tempat tumpuan awam," katanya

Terdahulu, Dr Ghazali bersama 23 anggota daripada Ibu Pejabat KKM dan JKN Perlis melakukan tinjauan dan pemantauan di beberapa premis makanan di sekitar Persiaran Makanan Bintong, di sini.

Dalam operasi selama satu jam 30 minit bermula jam 8.30 malam itu, sebanyak 33 premis kedai makan diperiksa dan tujuh notis kompaun dikeluarkan berjumlah RM1,750 atas kesalahan merokok dan dua daripadanya menghisap vape.

Dua pemilik premis masing-masing dikompaun RM250 kerana gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok di premis mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... estoran-7-dikompaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073565 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list