CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Pulau Pinang] Alat sambungan tak ikut spesifikasi tingkat risiko letupan gas

[Copy link]
Post time 11-5-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Forensik JBPM melakukan siasatan dalam sebuah rumah yang rosak teruk akibat letupan gas di Taman Cenderawasih, Jawi pada malam Ahad lalu. - NSTP / DANIAL SAAD

GEORGETOWN: Kecenderungan pengguna mendapatkan peralatan penyambungan silinder gas di rumah pada harga murah tanpa mengutamakan kualiti alatan terbabit, akan meningkatkan risiko kebakaran yang berpunca kebocoran gas.

Justeru, orang ramai dinasihatkan menggunakan peralatan itu yang mempunyai pengesahan SIRIM, yang terbukti terjamin dari segi kualiti dan tahap keselamatannya.

Pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Zara'im Mohd Lazim mengakui ramai kini cenderung membeli barangan penyambungan gas murah di kedai perkakasan tanpa memikirkan risikonya.

"Sebagai contoh, paip penyambungan pada silinder gas murah tidak memiliki jaminan jangka hayat, sedangkan hos yang mempunyai pengesahan SIRIM mempunyai jaminan jangka hayat penggunaan dan ia boleh dirujuk dengan mudah pada label pengeluar.


"Silinder gas yang digunakan di rumah juga mempunyai tarikh luput dan sekiranya tidak diganti, ia berpotensi mencetuskan kebakaran kerana silinder berkenaan sendiri sudah tiada daya ketahanan.

"Justeru, penting untuk kerap memeriksa silinder gas, selain paip penyambungan pada silinder dan dapur kerana itu sahaja saranan terbaik bagi mencegah kebakaran membabitkan dapur gas memasak," katanya ketika dihubungi.

Ahad lalu, empat penghuni cedera dan tiga rumah rosak dengan sebahagian dinding runtuh susulan letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, di sini.

Mengulas lanjut, Zara'im berkata adalah mustahil untuk silinder gas meletup kerana kandungan gas petroleum cecair (LPG) sudah mengikut kapasiti ditetapkan.

"Biasanya letupan atau kebakaran boleh tercetus menerusi peralatan dalam rumah. Misalnya jika terdapat kebocoran, gas terkumpul pada peralatan dalam rumah boleh mencetuskan api dan menyebabkan kebakaran," katanya.

Beliau berkata, kebocoran gas terutama pada dapur rumah dapat dikesan menerusi bau yang kuat dan jika ia berlaku, pemilik rumah dinasihatkan tidak membuka sebarang suis peralatan elektrik kerana ia boleh mencetuskan percikan api.

"Langkah terbaik buka pintu dan tingkap untuk memastikan pengudaraan, sebelum keluar dari rumah dan masuk semula 15 minit kemudian bagi menanggalkan penutup silinder gas.

"Impak letupan bagi kes gas bocor amat kuat, jadi orang ramai jangan sesekali ambil mudah kejadian itu," katanya lagi.

Mengenai kebakaran di dapur rumah, Zara'im berkata kebiasaannya ia membabitkan kelalaian penghuni sendiri yang memasak makanan dan terlupa hendak mematikan api di dapur.

"Kes berkenaan banyak dikesan setiap kali musim perayaan dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, termasuk litar pintas akibat bebanan arus penggunaan penyambungan elektrik di dapur yang tidak terkawal.

"Kes kebakaran litar pintas akibat bebanan arus penggunaan ketuhar bagi membuat kuih juga sering diterima pihak bomba dan ia antara kelalaian orang ramai tanpa disedari," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -risiko-letupan-gas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059345 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list