Apabila ada tetamu datang rumah beraya, pasti ada orang yang takut untuk bertemu dengan tetamu yang mahu datang ke rumah mereka kerana mereka mungkin segan dan tidak pandai bergaul dengan tetamu tersebut.
kredit foto: TikTok
Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang menceritakan abangnya bertindak mencabut pintu biliknya menjelang Aidilfitri minggu lalu dengan alasan agar keluar dan melayan tetamu yang mahu datang beraya.
Difahamkan, abangnya yang sudah hilang sabar apabila adiknya selalu sorok dalam bilik apabila tetamu datang rumah dan bertindak untuk mencabut pintu sekaligus.
kredit foto: TikTok
Menjengah di komen, ada yang tulis mereka bersyukur kerana ada ahli keluarga yang mempunyai sifat tolak ansur dan tidak sampai cabut pintu bilik. -CARI
kuasek lahhh nak paksa-paksa...over sangat abang kau pun... tetamu siapa, dia je lah layan... tetamu mak, mak lah layan... masing-masing punya hal la kan... cabut pintu tu over sangat, tak ke dah takde privasi adik kau tu demi sebuah content sampah acah-acah bermasyarakat? jijikkkkk perangai
standet, mmg ade jenis mcm tu,lagi2 belah utara,diorg mmg mcm tu,bukan anti sosial,sape yg jenis pemalu xnk campur tu payah la,
kalo aku time tetamu dtg dgn balik baru aku muncul,xdenye aku nak tayang muka toleh kanan kiri nengok hp,
kalau kenal aku layan,xkenal buatape nak menyemak