View: 1804|Reply: 9
|
Pengunjung Genting Highlands Gempar- Kereta Terbakar Mengundur, Mengelungsur Menuruni Jalan Berbukit
[Copy link]
|
|
BENTONG – Pengunjung ke Genting Highlands di sini khususnya pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta terbakar dan mengelungsur menuruni jalan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini.
Berdasarkan satu rakaman video tular berdurasi 0.27 saat menyaksikan sebuah kereta berwarna putih terbakar sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna sebelum terhenti.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta jenis Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80 peratus.
“Dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke kilometer 3.0 Jalan Genting dengan api yang marak.
“Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan forensik JBPM,”katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Katanya pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak ada tgk video ni tadi
Yg amik video ni tgh duk dlm cabel car
And last2 keter tu terlanggar velfire/van putih.bideo stakat tu je.
Tp mmg reverse ke blkg turun bukit.sib baik x terkeluar jatuh ke gaung |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss pon tengok yg sama kat tiktok ke ig tadi. Tp kat video tu kata ada part 2 tah mana tak jumpa lak. Harap takde siapa kehilangan nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
Membahayakan bukan pada diri sendiri tapi pengguna jalanraya yang lain. Kesian peti ais turut jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Share bdeo pls...kelaparan ni |
|
|
|
|
|
|
|
apak meols sedari dulu tak bagi naik genting
katanya tempat tak elok... meols naik pun bila dah kerojer sbb kampeni buat kick off meeting sini..
baik meols ni, dengo kata apak meols itewww |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni kat us pun byk kes kereta kia dgn hyundai terbakar tiba2
|
|
|
|
|
|
|
|
abes laa tak laku brand keta tu japgi. TAPI bmw pun biasa gak terbakar (termasuk haliza misbun pun pernah kena) tetaplah org tak peduli beli jugak |
|
|
|
|
|
|
|
pasal ape ek?? risaunya kot ada bby ke dlm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|