CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 5

Sharifah Sakinah Dikecam Jahil Gara-Gara Seloroh Samakan Tandas Dengan Syurga

[Copy link]
Post time 10-5-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode


Mana-mana tandas walaupun kelihatan bersih berkilat ia tetap dianggap sebagai tempat yang kotor. Hanya kerana material atau seni reka tandas tersebut kelihatan mewah dan selesa, ia sama sekali tidak menggubah tujuan asal pembinaan tandas berkenaan.



Malahan, tandas adalah salah satu tempat najis yang didiami syaitan dan sebab itulah umat Islam dianjurkan memohon perlindungan Allah SWT agar kita terlindung dariapda syaitan yang berkumpul di situ.



Menerusi sebuah hantaran video baharu di Instagram Sharifah Sakinah, selebriti berusia 33 tahun itu membuat isyarat tangan mengajak orang ramai mengikutinya untuk melihat keunikan bilik air yang ada di rumah kakaknya iaitu Sharifah Shahirah.



  



"Orang kata kat tandas banyak setan. Sejuk macam syurga tandas awak siap ada kipas LV Gucci," tulis Sakinah pada ruangan kapsyen.



Walaupun hanya sekadar berseloroh, bagaimanapun gurauan tersebut dianggap melampau menyebabkan netizen mengkritik tindakan Sakinah yang menyamakan tempat yang dianggap najis itu dengan syurga.













Baru-baru ini, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang berkesempatan berkunjung ke rumah Sharifah Shahirah atau Shiera turut teruja untuk masuk ke billik air yang sinki dan mangkuk tandas seperti disalut emas dan kertas dinding bertemakan hidupan liar.  





  



Penggunaan lampu 'chandelier' bagi menerangi bilik air itu juga menarik perhatian netizen.


Menurut Shiera, ia adalah tempat untuk mengambil wuduk dan ruang paling elok berbanding ruang lain di rumahnya. -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
syurga membuang mungkin?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf kan lah dia.....dia kan sakit....otak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:42 AM | Show all posts
Kalau ada maslah mental, boleh la kot dimaafkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:30 AM | Show all posts
kesian aku tgk anak dia dapat mak mcm ni..ada tak gmbr dia dgn anak dia tu p beraya d rumah saudara??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat lepak saiton disamakan dgn sorga
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.515460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list