CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 4

Lagu Dondang Sayang Hak Milik Orang Filipina?

[Copy link]
Post time 6-5-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Pada 29 November 2018, persembahan seni budaya Dondang Sayang yang terkenal di Melaka telah diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Pengiktirafan seni muzik warisan yang bermula pada era pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 itu dibuat di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003 diratifikasi oleh Malaysia yang berlangsung di Mauritus.


Memetik laporan Getaran, isu pemilikan Dondang Sayang mulai timbul apabila Xanadu Records melakukan percubaan menghasilkan lagu raya berjudul Dondang Sayang Raya dinyanyikan bakat baharu, Syafiqah Adlina yang baru sahaja menuntut di Tingkatan Lima.


Menurut Pengarah Urusan Xanadu Records, Mahadhir Mohamad, usaha yang dilakukan itu adalah bagi memastikan seni warisan itu terus dihargai dalam kalangan generasi muda.


Bagaimanapun, hasrat murni berkenaan berhadapan sedikit rintangan apabila pihak Xanadu Records mendapati hak milik lagu Dondang Sayang itu menjadi milik orang Filipina.





Selepas memuat naik lagu Dondang Sayang Raya di saluran YouTube Xanadu Records, Mahadhir mengakui dia terkejut apabila menerima notifikasi bahawa Dondang Sayang adalah milik seorang individu di negara terbabit.


"Berdasarkan notifikasi itu, YouTube memberikan tempoh 30 hari kepada pemilik asal lagu berkenaan untuk mengambil tindakan. Sekiranya pemilik berkenaan memberikan izin lagu tersebut digunakan, saya tidak perlu melakukan apa-apa.


"Bagaimanapun, kalau pemilik asal tidak memberikan kebenaran, YouTube mungkin akan memadang atau membuang muzik video Dondang Sayang Raya.


"Setakat ini sudah 15 hari dan saya masih belum tahu tindakan yang akan diambil oleh pemilik asal. Saya masih menunggu keputusan daripada individu berkenaan," katanya kepada Getaran.


  



Namun, hal yang menjadi tanda tanya adalah status lagu tersebut yang menjadi milik orang bukan Malaysia.


"erkara inilah yang membuatkan saya pelik sebab setahu saya Dondang Sayang itu asalnya dari Melaka dan sudah pun diiktiraf oleh UNESCO.


Sebelum ini pun, ramai penyanyi lain yang merakamkan semula lagu asli Dondang Sayang tetapi tiada pula isu sebegini," katanya.


Tambah Mahadhir lagi, dia ingin menunggu sehingga tamat tempoh 30 hari sebelum membuat tindakan selanjutnya.


"Andai individu tersebut enggan membenarkan lagu itu digunakan, saya akan bawa isu ini ke tengah," katanya. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Awala dondang dondang la sygggggg…. Seribu kali sayangggggggg sayangggg sayangggg sayangggggg
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinoy pun kuat claim mcm indon?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 04:19 PM | Show all posts
hindi puwede !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 04:36 PM | Show all posts
ala senang je orang malaysia pun cer search video org filipina nyanyi dondang sayang pastu report je video tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.420353 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list