CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 34642|Reply: 568

[Tempatan] Video lelaki didakwa penasihat 'Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam' leka berhibur di kelab malam tersebar

  [Copy link]
Post time 5-5-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-5-2022 01:23 AM

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun Zaharin Mohd Yassin berkongsi video membabitkan individu tersebut sejak 2 Mei lalu.

“Aku di disko. Dibintangi pelakun utama. Datuk Haji A**** A* K*****. Babak dalam disko gaya orang kena ice,” kata Zaharin.

Video berdurasi 3 minit 24 saat itu menampilkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di kiri dan kanan beliau.

Lelaki itu kelihatan beraksi seperti sedang mengetuk dram dengan muzik latar yang bising.

Sementara itu, seorang penggiat agama melalui Facebooknya, Ustaz Ahmad Husam Baderudin mendakwa, penasihat agama tersebut diserang kerana beliau begitu kuat bersuara menentang fahaman ‘Wahabi’ di Malaysia.

Menurutnya, mana-mana individu yang menentang fahaman tersebut akan diserang bertubi-tubi dengan tujuan untuk membunuh karekter individu terbabit.

Tambah Ahmad Husam, beliau turut menjadi mangsa apabila video penerangannya mengenai penasihat agama itu telah dipotong dan diedit sehingga mendatangkan kekeliruan dan fitnah.

“Fikirkan dengan akal yang sihat, ceramah selama 1 Jam 32 minit 47 saat dipotong hanya 40 saat? Tujuan untuk apa lagi kalau bukan untuk memfitnah? Allahukabar.

“Inilah kerja golongan yang mendabik dada sebagai penyebar sunnah tetapi mereka adalah penyebar fitnah.

“Saya memaafkan semua kesalahan rakan-rakan netizen yang termakan fitnah ini yang memaki dan menghina saya,” katanya.

Sehingga kini lelaki yang didakwa sebagai penasihat agama tersebut tidak tampil untuk memberi penjelasan sama ada video tersebut sahih atau fitnah.

Sikap berdiam diri individu tersebut membuatkan lebih banyak spekulasi ditimbulkan.

Cubaan MalaysiaGazette untuk mendapatkan kenyataan daripada beliau dengan cara menghubungi dan menghantar mesej sehingga pukul 4 petang tadi turut gagal.

https://malaysiagazette.com/2022/05/05/tular-lelaki-didakwa-penasihat-agama-raja-dalam-kelab-malam/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya...dah 2 hari aku tunggu org buka thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang tidor berlambak pakai baju kelawar mcm sardin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Your place or mine?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:05 PM | Show all posts
Apa nak herann, setakat penasihat majlis raja2 je. Sedangkan raja2 pun minum arak. Tok laki makcik azmee dulu ligat yach, late bapa mertua dia pun celebrated bday 81 thn kat london sana berchampaigne music acara menari bagaii. Sotan negeri takde air selalu pun sama. Sebenarnya korg pecayalah sgt konsep dorg ketua agama ni, ini adalah organisasi scammers tersohor yg diiktiraf  peringkat paling tertinggi di msia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan penasihat 5%
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Video tu xnampak muka dgn jelas.. knp video yang rakam sume ni mesti hauk.. phone mahal2 xkan boleh provide high resolution..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:19 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 5-5-2022 07:05 PM
Apa nak herann, setakat penasihat majlis raja2 je. Sedangkan raja2 pun minum arak. Tok laki makcik a ...

monarki adalah sistem yg survive dgn memomokkan sekumpulan manusia dgn ideologi zaman Hindu dan jugak seketul dua cerita dongeng
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang cakap pasal punahsihat pegi clubbing, datang 'ustaz' backup cerita pasal wahabi... Tanya lain jawab lain.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitcheww lah… layanz..brg menjadi eh?
Ingat kan disko ni tempat puak2 etis jew!
Ish ish… x takot bala tsunami..malapetaka ker bang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling terokkk ade plak pompuan kiri kanan.. Bodohnyeeeeeee... Bodoh sgt prangaiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:54 PM | Show all posts
pompuan sblh dia tu sapa..? escort girl?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 5-5-2022 07:16 PM
Video tu xnampak muka dgn jelas.. knp video yang rakam sume ni mesti hauk.. phone mahal2 xkan boleh  ...

Kau nak high reso sampai nampak bulu hidung kot sis?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pprt gi clubbing je gaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 5-5-2022 08:01 PM
Kau nak high reso sampai nampak bulu hidung kot sis?

Kalo boleh nak nmpk bulu poohkey baru konpom sis.. ontahlaa sis oii.. kalo mcm ni kamde piropura pun layak jd punahsihat agama.. hohohoho.. j
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sedeh je kelab malam. Ingatkan happening la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 5-5-2022 07:05 PM
Apa nak herann, setakat penasihat majlis raja2 je. Sedangkan raja2 pun minum arak. Tok laki makcik a ...

Lantak depa laa sis.. Allah ade.. depa buat depa tanggung..  aku marhaen ni diam ajelaa.. nak buek cmn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 5-5-2022 04:15 AM

Lobai sedang enjoy live band bising.... Bukan pergi dancing clubbing pun...
Air drum itu common if that lobai ada main drum...drummer trait... Jika tiada habit begitu tidak wujud knee practise pad.... Boleh guna di mana saja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sapekah gerangannya tlg suapkan. malas nak gugel

apa nak heran penasihat & yg dinasihati sama jah peel
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:22 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 5-5-2022 08:24 PM
dani-rox replied at 5-5-2022 07:19 PM
monarki adalah sistem yg survive dgn memomokkan sekumpulan manusia dgn ideologi zaman Hindu dan ju ...

Bijak lah sistem ni dpt survive sampai skrg


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.459499 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list