CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 0

Ayda Jebat Pesan Buat Ujian Calitan Kendiri Kalau Nak Datang Raya

[Copy link]
Post time 5-5-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode


Walaupun sambutan Aidilfitri bersama sanak saudara sudah dibenarkan, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat masih mengambil langkah berhati-hati bagi melindungi keluarganya daripada jangkitan virus Covid-19.


Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 30, menetapkan syarat agar sesiapa yang bercadang untuk datang beraya di rumahnya agar mengambil inisiatif agar terlebih dahulu melakukan ujian calitan kendiri.


Walaupun negara kini berada pada fasa peralihan endemik, pelantun lagu Pencuri Hati itu tidak mahu 'mencemarkan' sambutan Aidilfitrinya dengan perkara yang tidak sepatutnya terutama sekali hal membabitkan kesihatan mereka sekeluarga.


  



"Kalau peraturan kami, nak datang jumpa atau nak ke rumah orang kedua-dua pihak wajib swab test dan hantar kepada satu sama lain. Mencegah lebih baik daripada merawat.


"Sebab ada yang kena tapi tak bergejala kan? Kita jaga kita, okay?" tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.


Dalam pada itu, Ayda turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman agar melakukan penyelenggaraan kenderaan dan memastikan rumah sentiasa berkunci.


"Raya sebulan ini tips balik raya. Pertama, jangan tanya 'kau bila nak kahwin', kedua jangan bandingkan kerja anak orang dengan anak sendiri. Ketiga minta izin nak pegang anak orang, lebih-lebih lagi kalau bayi. Keempat, jangan main cium anak atau bayi orang," tulisnya.



  



Terdahulu, Ayda pernah mendedahkan dia masih paranoid dengan situasi jangkitan Covid-19 hinggakan hampir setiap hari melakukan ujian calitan terutama apabila hendak keluar bekerja atau ke hospital untuk menghadiri janji temu pemeriksaan anak.


Imbas semula, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu. - CARI



  






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063719 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list