CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2546|Reply: 18

Sedih Bakal Masuk Rehabilitasi, Netizen Anggap Safiey Illias Hanya Berdrama

[Copy link]
Post time 4-5-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode


Sebut sahaja nama usahawan kosmetik Safiey Illias, antara momen yang menjadi sebutan adalah keadaan dirinya berpenampilan seperti wanita sedangkan dia dilahirkan sebagai lelaki serta penghijrahannya kembali ke pangkal jalan suatu ketika dahulu.


Pun begitu, bukan mudah bagi seseorang untuk terus istiqamah. Selepas Safiey berusaha kembali pada fitrah asalnya, dia bagaimanapun terus diuji yang akhirnya ahli perniagaan itu memilih untuk menyarungkan pakaian wanita.


Tiga hari lalu, penyanyi lagu Syinta Gila itu menerusi Instagram berkongsi keadaan kesihatan dirinya yang bertambah kronik dan membimbangkan dalam kalangan doktor yang merawat dirinya selama ini.


  



Katanya, tahap kesihatan mentalnya tidak berada di tahap baik menyebabkan dia dinasihatkan untuk masuk ke pusat rehabilitasi selama tiga hingga enam bulan sehingga dirinya benar-benar pulih.


"Saya dipantau oleh doktor psikiatri, Dr Hazli dan Yeoh, Pakai Doktor Mental. Saya juga mungkin akan menyerahkan urusan bisnes kepada adik dan ayah saya sepanjang dalam proses saya berehat dan dirawat.


"Doakan saya semua. Maafkan saya jika kecewakan korang. Berikan saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya.


"Ampunkan saya mak ayah. Apit banyak kecewakan ayah. Berikan Apit peluang terakhir tebus salah Apit. Ampunkan aku Ya Allah," tulisnya.


  



Dalam pada itu, Safiey turut mengambil kesempatan tersebut untuk memohon kemaafan terhadap individu yang mungkin disakitinya tanpa sengaja.


Dia juga memaklumkan akan menyelesaikan segala urusan terutama membabitkan pelanggan dan menyelesaikan perkara itu dalam kadar segera.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai netizen yang tidak percaya dengan perkongsiannya itu. Mereka menganggap ia hanyalah rekaan semata-mata untuk menagih simpati selain menyifatkan perkara itu sebagai salah satu teknik marketing.
















Drama atau sungguh-sungguh ni? - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 05:55 PM | Show all posts
Mohon pindah ke sajatland la sapi.. hidup kat sana beranak pinak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulak ni? Bukan dah berambus pegi Ostolia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali dah nih... Hujung2 balik semula perangai lamer... Koserrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 4-5-2022 10:15 PM

Dulu siap tayang ketek..
Now
Dh nak bengkerap
So ni la modal jln keluar dia

syantik tak syantik tak nokssss
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:35 PM | Show all posts
Ade nk kuar produk lagi la tu.
Nk tarik orang Melayu ni, sng dengan simpati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah dah sis nk purchaya.. few times dah dia mcmni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu masa mula2 berubah kemain drastik.bisnes pon maju.byk untung.lepastu ko jd balik.lepastu konon insaf lg.bisnes yg dh nak start sendu naik semula ko buat muka,tetek,bdn...susah nk orcaya org mcmni.selagi ada peluang buat duit xkisah halal haram dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia memag gini setiap kali bisness nak lingkup..terus tetibe nak jadi lelaki..pastu bila netizen kesian..ada melaun percaya dia insap..bisness up balik..memondan balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 11:13 PM | Show all posts
cantik rumah nk jual
harus meols tak mampu beli
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 4-5-2022 10:49 AM
Bila pulak ni? Bukan dah berambus pegi Ostolia ke?

Duit pun tak ckp nak berambus ke sana cuols
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm…
Tanda2 bisnes melingkup balik
1. Mak ayah pun start heshe up kat ig
2. Product pelarking tiba2 muncul balik
3. Satu family bungkus pelarking
4. Meminta simpati kat FB

Bila roda kat atas…..

1. Show off brg2 branded
2. Share vid tgh mabuk bius cucuk sana cucuk sini
3. Menayang diri tgh shisha
4. Up keta mustang
5. Up pakai selipar dior

Pastu ulang balik yg paling atas. Predictable
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa caya, dia bodo
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols harap dia ikhlas. Kalo dia fikir dia bole wat marketing product baru ngan cara yg sama mmg dia silaplah. Semoga safiey dipermudahkan proses pemulihan dia. Akibat suntikan2 dan pil hormon mmg bole jd ting tong mcm dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr pn gmbr lame
Sah2 die skang pondan sesgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama sempena Lebaran

Selamat Hari Raya uols semua, maaf jika ada terkasar bahasa semasa berforum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 11:46 AM | Show all posts
siapa caya cakap dia memang sah bodoh, but pls contact me i belikan kismis minda k
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental yg meminta2 dicarut...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 03:35 PM | Show all posts
pernah jumpa di depan depan, di gerai Durian

Apit dok terjerit jerit masa cakap, rasa macam tak selesa dengar. Macam dok tarik perhatian pun ada

Saya tumpang simpati pada masalah Apit

Cadangan saya, STOP MEDIA SOCIAL. QUIT SEMUA

Rehab elok elok, stop semua tu 4-5 tahun. Tak payah baca apa semua. Hidup tenang

All the best Apit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.132324 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list