CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 0

Perez bersedia cabar kejuaraan dunia

[Copy link]
Post time 1-5-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

PEREZ mengakui jentera yang dibekalkan oleh Red Bull musim ini mampu membantunya untuk memburu kejuaraan dunia. – AFP


LONDON – Pelumba Mexico, Sergio Perez menganggap dia mempunyai peluang besar untuk memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) bersama pasukan Red Bull Racing musim ini.

Justeru, Perez melihat penting baginya untuk tampil konsisten pada setiap perlumbaan agar mampu memberi saingan sehingga penghujung musim.

Perez sedar untuk memburu gelaran dunia, dia juga terpaksa bersaing dengan rakan sepasukannya, Max Verstappen.

“Saya rasa peluang untuk bergelar juara dunia bersama Red Bull terbuka dan saya harus membuktikan saya mampu me­lakukannya.

“Saya tidak mahu sekadar memenangi perlumbaan dan ketika ini fokus saya adalah memburu gelaran dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Perez me­ng­akui sekiranya peluangnya untuk menjulang kejuaraan tipis, dia bersiap sedia untuk membantu Verstappen mempertahankan gelaran pada musim ini.

“Jika peluang saya untuk meraih gelaran dunia tertutup, saya akan melakukan terbaik seperti tahun lalu di Abu Dhabi. Ada ketikanya, anda perlu bersikap rasional dengan mengutamakan pasukan.

“Tetapi, pada waktu ini saya mahu bekerja lebih keras untuk memburu gelaran dunia,” tambahnya.

Perez ketika ini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dan hanya dipisahkan lima mata dengan rakan sepasukannya, Verstappen.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc masih mendahului perlumbaan dengan 86 mata selepas melakar dua kemenangan serta satu penamat podium tempat kedua. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ar-kejuaraan-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.251022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list