CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

[Sabah] Jangan potong Q, letak kenderaan suka hati elak kesesakan lalu lintas di ibu negeri

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:14 PM | Show all posts |Read mode


OP SELAMAT: Zaidi menasihatkan salah seorang pengguna jalan raya semasa melancarkan Op Selamat 18 di sini.

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak memotong barisan atau potong Q serta meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata perkara itu kerana kedua-dua tindakan ini menjadi punca kesesakan serta menghalang lalulintas khususnya di ibu negeri.

“Menjelang Aidilfitri ini menjadikan orang ramai mengambil kesempatan di saat akhir untuk ke pusat beli belah di ibu negeri sebagai persediaan menyambut perayaan ini sekaligus menjadikan kawasan bandar raya menjadi tumpuan dan sesak dengan pergerakan kenderaan.

“Keadaan itu ditambah lagi dengan pergerakan pulang ke kampung dijangka sebelum 3 Mei dan kembali semula ke Kota Kinabalu sekitar penghujung minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa pelancaran Ops Selamat Peringkat IPD Bandaraya di Jalan Kampung Meruntum, Jalan Putatan-Lok Kawi di sini.

Katanya bermula 29 April hingga 8 Mei, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu akan melaksanakan Ops Selamat 18 di 18 kawasan panas atau 'hotspots' sekitar bandaraya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan masing-masing dengan mendapatkan informasi terkini mengenai keadaan lalulintas dengan menghubungi hotline IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-221191 ataupun menghubungi balai polis berhampiran.

“Kita juga akan memantapkan lagi operasi pencegahan jenayah (OBCJ) yang  dilaksanakan sejak dua bulan lalu untuk menangani kes pecah rumah dan curi sekitar Kota Kinabalu terutama dalam musim perayaan.

"Polis juga akan mengatur gerak anggota balai, kenderaan peronda MPV, unit rondaan motosikal (URB), serta rondaan BIT untuk rondaan dan pemeriksaan berkualiti, siang dan malam terutama di kawasan premis yang ditinggalkan dan kawasan berisiko,” katanya.

Ops Selamat 18 adalah kempen yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu  bagi memastikan aliran trafik lancar bagi pengguna-pengguna jalan raya, mengurangkan kes kemalangan dan kes kemalangan maut, selain memastikan keselamatan harta benda, premis, kediaman selain menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

Untuk rekod sehingga semalam, Kota Kinabalu mencatatkan 1,185 kes kemalangan dengan sembilan kes daripadanya adalah kemalangan  maut bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.


utusanborneo.com.my/2022/04/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.289807 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list