CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 891|Reply: 3

Curi Air SAINS Bina Banglo

[Copy link]
Post time 30-4-2022 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah premis yang disyaki melakukan penyambungan air secara haram untuk kegunaan pembinaan banglo diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam operasi di Port Dickson, kelmarin.


Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, serbuan dilakukan pegawai Unit Penguatkuasaan Sains serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada jam 2.30 petang.




PEGAWAI penguat kuasa Sains membuat pemeriksaan terhadap saluran paip haram di premis pembinaan di Port Dickson. FOTO ihsan Sains





Katanya, serbuan diketuai pegawai SPAN, Erwan Erazak dan kakitangan Unit Penguatkuasaan Kecurian Air Sains.


"Siasatan di tapak mendapati penghuni melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip High Density Polyethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter tanpa melalui sebarang meter untuk kegunaan ubah suai premis dan aktiviti harian pekerja binaan yang tinggal di premis berkenaan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata, pegawai penguat kuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di lokasi terbabit dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.


Menurutnya, pihak SPAN menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti.


"Sains tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan mencuri air dan akan sentiasa mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan.


"Orang ramai juga digalak membantu dengan melaporkan sebarang kes curi air kepada talian bebas tol Sains 1-800-88-6982," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda je terus! Tak payah bagi amaran 1 2 3!
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually benda ni dah lama.. tarik letrik or air, xikut meter, selamba je.. n nak jimat bg pekerja duduk rumah diorg tgh renovate tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Over laaaa nape curik airrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.206241 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list